Buletin

9 PEMENANG BERTUAH BAWA PULANG KENDERAAN HONDA!

Honda Malaysia meraikan pencapaian jualan yang ke-900,000 unit dengan karnival selama dua hari Bukit Jalil.

Berlangsung mulai semalam hingga ke hari ini (28-29 September 2019), karnival tersebut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. 

Antaranya ialah gelongsor air gergasi sepanjang 380 kaki, food truck, permainan video realiti maya (VR)  pameran Insta-Luminous dan banyak lagi. 

Pengunjung juga berpeluang melihat secara dekat Civic facelift yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Selain model-model Honda yang lain. 

Acara paling penting pastinya penyerahan 9 bulah kereta Honda kepada pemenang peraduan “Road to 900,000th Unit Milestone Campaign. Ia melibatkan model  Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord.  

Pemenang adalah seperti berikut: 

“Kami sangat bersyukur atas sokongan pelanggan yang menjadikan Honda sebagai satu jenama kereta yang boleh dipercayai di Malaysia. Kempen kali ini lebih istimewa kerana kami bekerjasama dengan beberapa jenama tempatan yang popular seperti stro Radio, Tealive dan unifi. 

“Sepanjang kempen ini berlangsung selama dua bulan, kami telah menerima lebih 122,000 penyertaan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

2015: HONDA MALAYSIA SASAR JUALAN 85,000 UNIT

Sejak ditubuhkan pada tahun 2002, Honda Malaysia telah mencatat banyak pencapaian. Antaranya ialah memulakan proses pemasangan tempatan model CR-V pada tahun 2003. Model CKD menyumbang kepada 95 peratus jualan keseluruhannya. 

Disokong oleh permintaan yang kukuh, Honda Malaysia membina saluran pengeluaran No. 2 di kilangnya di Pegoh, Melaka. Model-model yang dipasang di kilang itu ialah Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, Civic, BR-V, HR-V, HR-V Hybrid, CR-V dan Accord. 

Pada tahun 2013, Honda Malaysia mengembangkan rangkaian pengedarnya demi memberi kemudahan kepada semua pelanggan Honda. Sehingga kini, Honda Malaysia mempunyai 98 buah pengedar di setiap negeri. 

Google ads
Back to top button