,
Buletin

80 MODEL VINTAJ FERRARI SERTAI ACARA CAVALCADE CLASSICHE DI ROME

Lebih 80 buah model vintaj Ferrari berarak di bandar Rome, Itali dalam edisi ketiga acara Cavalcade Classiche bagi meraikan kecantikan bandar dan kenderaan tersebut. 

Acara yang julng-julung kali diadakan di Rome itu nyata menarik perhatian klien Ferrari dari seluruh dunia.

Berlangsung pada 22 hingga 23 September lalu, para peserta yang datang dari Eropah, Amerika Syarikat, Asia Barat, New Zealand dan Australia menyusuri kawasan pinggir bandar Lazio, Taman Arkeologi Appian Way dan jalan-jalan lama.   

Laluan yang menawarkan pemandangan indah itu disediakan oleh hasil kerjasama dengan Majis Perbandaran Rome.

Pada Jumaat, peserta tiba di Borgo San Pietro di Tasik Salto dan Rieti, sebelum mendaki Gunung Terminillo  dan melawat air terjun Marmore. 

Antara model yang mengambil bahagian ialah 750 Monza buatan tahun 1954, 500 TRC (1957) dan 275 GTB tahun 1964. 

Tags
Google ads
Back to top button