Artikel PilihanBuletin

A.L.A – RAHSIA JADIKAN LAMBORGHINI HURACAN PERFORMANTE KERETA TERPANTAS DI NURBURGRING

Revolusi teknologi sebenar di Geneva Motor Show bukannya berada di dalam ruang pameran semata-mata. Jika anda perhatikan dengan teliti Lamborghini Huracan Performante, anda akan dapati yang ia bukan sekadar Huracan biasa dengan sayap (wing) belakang yang besar.

Amati lagi dengan penuh perhatian. Anda akan dapati pelbagai tambahan kit daripada bahan komposit dan ruang kemasukan udara untuk meningkatkan aerodinamik. Namun pada masa yang sama, susah untuk kita fahami kenapa ataupun apa yang membuatkan kereta ini begitu istimewa.

Lamborghini menggelarkan kit tambahan ini sebagai Aerodinamica Lamborghini Attiva (ALA), atau aerodinamik aktif. Apa benda ni? Adakah sama dengan sunroof dummy yang kian laris terjual di FB?

Inilah rahsia terbesar bagaimana Huracan berjaya mencatat rekod  satu pusingan terpantas kereta produksi di Nurbugring hanya dalam masa 6 minit 52.01 saat. Walaupun ada beberapa pihak yang ragu-ragu dengan catatan tersebut, namun ia diakui sebagai sah. Sekali gus membuktikan yang ALA merupakan satu langkah bijak dalam kemajuan teknologi automotif.

Sebenarnya ia bukan sekadar catatan masa, Huracan Performante sendiri adalah satu contoh kenapa Lamborghini sentiasa mendapat kedudukan teratas dalam hierarki supercar. Malah pengarah R&D Lamborghini, Maurizio Reggiani berkata,

“Jika keadaan litar dalam keadaan kering, kami akan mendapat catatan masa purata yang masih lagi sama, walaupun ujian masa diulang berkali-kali”

Beliau juga menyambung yang perbezaan dari segi prestasi itu bukannya akibat penambahan kuasa kuda tetapi hasil pengurangan berat. Bagi Lamborghini, ia bermaksud penggunaan gentian karbon dalam jumlah yang besar.

Tetapi Huracan baharu ini bukanlah sebuah Superleggera, gelaran yang diberikan kepada varian hardcore Lambo. Ia masih lengkap ciri-ciri mewah dan peralatan sokongan pemanduan tetapi kekal berprestasi tinggi. Dalam Bahasa Itali, Performante bermaksud prestasi terbaik.

Hasilnya ialah penyelesaian aerodinamik aktif yang mengalir ataupun menghentikan aliran udara di hadapan dan di belakang  berdasarkan keperluan untuk menukar downforce serta kesan seretan. Berdasarkan prinsip ini, ia hanya mampu dicapai dengan menggunakan satu sistem yang ringan dan mampu dikawal dengan pantas. Konsep ALA ini bukan hanya mengawal sudut lips hadapan dan spoiler, tetapi menghembus udara menerusi ruang-ruang bukaan pada badan kereta.

AERODINAMIK AKTIF

Konsep aerodinamik aktif bukannya sesuatu yang baru sebenarnya. Contohnya, ada pemilik Porsche yang melaraskan spoiler agar sentiasa berada di kedudukan kelajuan tinggi. Malah kereta-kereta McLaren turun dilengkapkan dengan spoiler yang boleh dinaik turun mengikut kelajuan. Selain bertindak sebagai brek udara sewaktu brek dikenakan secara tiba-tiba.

Helah yang digunakan oleh Performante bukannya dengan menggerakkan komponen aerodinamik. Sebaliknya, ia lebih kepada mengubah aliran udara di sekeliling komponen tersebut. Dengan kata lain, kereta ini menggunakan elemen alam sekitar iaitu udara untuk menjadikannya lebih laju. Tonton pautan video yang disertakan untuk lebih memahami konsep ALA ini.

Untuk memudahkan dan menjadikan Lamborghini lebih mesra pelanggan, Huracan baharu ini turut berkongsi alat ganti dengan Audi R8. Ia merupakan  satu idea baharu Lamborghini  untuk mencari jalan lain bagi menyelesaikan masalah. Malah hari ini, Lamborghini juga boleh menggunakan kemudahan rangkaian servis Audi yang lebih banyak di serata dunia berbanding Lamborghini yang lebih eksklusif dan terhad.

KREDIT AUTOBLOG

BACA: BOS FERRARI SINDIR LAMBORGHINI

BACA: LAMBO DIABLO SEBENARNYA PAKAI LAMPU 300ZX

GALERI

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button