Motosikal

FOBIA NAIK MOTOSIKAL, MEKANIK HARLEY-DAVIDSON TERIMA PAMPASAN RM320K

Bagi kebanyakan peminat moosikal, bekerja di dalam industri yang membolehkan anda menggabungkan minat dan kerja sememangnya satu impian yang menjadi kenyataan. Itulah yang dirasai oleh Stuart Conway apabila dia diterima bekerja sebagai pelatih di West Coast Harley-Davidson, Glasgow.  

Malangnya, dia kini tidak boleh bekerja sebagai mekanik kerana mengalami fobia dengan motosikal selepas terlibat dalam satu kemalangan. Akhirnya, dia menerima pampasan sebanyak £60,000 (RM320,650) daripada pihak ketiga dan syarikat insurans pemandu kereta terbabit. 

Conway menguji sebuah Harley-Davidson 750cc milik pelanggan sebelum kemalangan menyebabkan kepalanya melanggar cermin penumpang sebuah kereta.

Kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan fizikal dan psikiatri, termasuklah fobia ketika hendak membaiki motosikal. 

“Kerjaya ini merupakan kerja yang disukai oleh plaintif. Tetapi, setiap kali berada di atas motosikal, dia rasa gemuruh, sangat bimbang dan menggeletar. Jadi, dia rasa perlu keluar daripada situasi ini,” kata Sheriff Rober Fife.   

Walaupun mendapat sokongan daripada majikannya dengan tidak lagi perlu menunggang motosikal yang telah dibaiki, Conway mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Dia kini berhasrat untuk menjadi seorang jurugambar. 

Google ads
Back to top button