
AUDI Q5 SPORTBACK KINI DITAWARKAN PADA HARGA RM368,990
PHS Automotive Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Audi di Malaysia, hari ini mengumumkan harga terkini untuk Audi Q5 Sportback, iaitu ditawarkan pada harga RM368,990.
Audi Q5 Sportback dijana oleh enjin 2.0L TFSI yang menghasilkan 249PS dan tork maksimum 370Nm serta digandingkan dengan kotak gear S tronic 7-kelajuan.
Sistem pacuan semua roda quattro Audi turut dipadankan dengan teknologi ultra, memastikan kestabilan dan kawalan maksimum dalam pelbagai situasi pemanduan.
SUV ini menampilkan gabungan rekaan sporty dan praktikaliti yang memukau. Untuk meningkatkan ketenangan minda pelanggan, Audi Q5 Sportback boleh dilengkapi dengan Audi Assurance Package.

Dengan kos tambahan, pakej ini menawarkan:
- Servis penyelenggaraan selama 3 tahun.
- Jaminan pengeluar selama 5 tahun.
- Bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Selain itu, PHS Automotive Malaysia turut menawarkan penjimatan menarik ke atas rangkaian model e-tron.
Dengan harga bermula dari RM378,990, model-model e-tron memberikan peluang kepada pelanggan untuk memiliki kenderaan elektrik premium Audi.
Berikut adalah senarai harga terkini dengan penjimatan:

Untuk maklumat lanjut mengenai Audi Q5 Sportback dan rangkaian model e-tron, pelanggan boleh melayari laman web rasmi di www.audi.com.my atau mengunjungi Audi Centre terdekat.