Artikel Pilihan

USD40,000 – ITULAH HARGA YANG PERLU DIBAYAR UNTUK LENCANA NISMO 400R!

Berapakah harga paling mahal yang sanggup anda bayar untuk sekeping logo kereta terpakai? RM100? RM200? Bagaimana kalau penjual mahukan USD40k (RM178,880)?

Mak aih lencana apa mahal sangat ni? benar, itulah harga untuk sekeping logo original Nismo 400Rl. Ia antara Skyline GT-R paling rare dan hanya dihasilkan dalam 44 unit.

Sudah tentu dalam zaman model ni jual-beli dalam talian merupakan perkara biasa. Pelbagai barangan dijual termasuklah aksesori kereta tak kiralah sama baru ataupun terpakai. Cuma setakat ini kami belum jumpa lagi logo JDM yang hendak dijual dengan harga USD40k!

Nismo 400R ni bukan calang-calang kereta kerana ia sangat-sangat ‘sejuk’, paling rare dan menjadi buruan pengumpul. Dengan kata lain, penjualnya memang bijak dan kenal barey.

Lencana 400R turut diiklankan di eBay dengan harga belian segera USD40,040. Rasaya harga yang ditawarkan adalah tidak mencecah USD40k. Penjual mungkin menyenaraikan harga tersebut untuk mengelak daripada pembeli yang tidak serius. Cuba mesej terus kalau betul-betul berminat.

Penjual turut menerangkan dari mana datangnya emblem tersebut. Ia diperolehi pada tahun 1996 semasa beliau membeli unit baharu Nismo 400R dan meminta pengedar menanggalkannya sekali dengan pelekat pada bahagian sisi kereta. Ia kemudian dibungkus dalam sapu tangan dan disimpan.

Mungkin sebab lama sangat disimpan dalam almari atau laci jadi ada juga la sedikit kesan calar pada bahagian tengah. Mungkin juga sebab dah lama sangat kot? Proses penuaan mungkin?

Okey apa yang spesial sangat 400R ni? Hmm, kaki kereta mungkin dah tahu. Peminat Gran Turismo pun mesti kenal. Pemain game tembak-tembak rasanya tak kenal. Diorang suka layan dashcam kereta je.

Skyline R33 Nismo 400R ni adalah model ultra rare yang cuma diproduksikan sebanyak 44 unit. Ia dilengkapi dengan alat-alat ganti perlumbaan yang harcore dan agak mustahil untuk diperolehi di pasaran. Maknanya nak buat replika pun agak mustahil kecuali dari segi kosmetik la.

Modifikasi enjin RB-X GT2  kereta ini dilakukan secara sulit dan susah untuk ditiru. Nak beli enjin potong memang tak ada. Jadi nak tak nak kena cari sebuah 400R yang asal. Harga semasa? Korang carilah sendiri. Benda sudah nak dapat kalau tahu harga dan ada duit pun belum tentu boleh beli.

Google ads
Back to top button