Motosikal

EICMA2024: MOTO MORINI 3 1/2 SPORT 2025 – ENJIN V-TWIN 350CC, 32HP

Segmen motosikal 350cc-450cc sememangnya antara segmen yang semakin mencuri perhatian ketika ini dengan rata-rata pengeluar sibuk memperkenalkan model baharu bagi memenuhi permintaan global. 

Antara pemain baharu dalam segmen ini adalah jenama motosikal Itali, Moto Morini yang memperkenalkan Moto Morini 3 1/2 Sport ketika di EICMA 2024. 

50 tahun selepas versi pertama diperkenalkan, Moto Morini mengembalikan nostalgia dengan melancarkan 3 1/2 Sport generasi terbaru yang menampilkan grafik diinspirasikan dari model pertama. 

Menurut Moto Morini, 3 1/2 Sport dikuasakan enjin V-Twin 350cc 60-darjah DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 32hp pada 8,500rpm dan 31Nm pada 8,500rpm. Enjin tersebut juga mencapai standard Euro5+ terbaru. 

Enjin tersebut dikelilingi dengan casis jenis steel-cradle dengan Moto Morini mendakwa model baharu ini menawarkan berat kering hanya 165kg. 

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk fork USD 43mm dan penyerap hentak jenis ‘cantilever’ di belakang, brek 4-piston depan dengan cakera 300mm dan brek 2-piston belakang dengan cakera 255mm.

3 1/2 Sport ini juga didatangkan dengan ABS, lampu LED penuh, tempat duduk gaya vintaj, skrin TFT dan tangki bahan api berkapasiti 15L. 

Google ads
Back to top button