Peranti

ACER LANCAR RANGKAIAN KOMPUTER MEJA PREDATOR ORION & MONITOR PERMAINAN VIDEO 2019

Acer Malaysia baru-baru ini memperkenalkan barisan komputer meja untuk permainan video yang telah dinaik taraf iaitu Predator Orion 9000 dan 5000. 

Ia kini menampilkan pemproses Intel Core i7 generasi ke-9 dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX demi memberikan pemain pengalaman bermain dengan lancar, biarpun ketika melakukan penstriman dan rakaman.

Bukan itu sahaja, Acer turut melancarkan siri monitor untuk melengkapkan lagi pengalaman bermain permainan video. 

Siri Predator Orion

Dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070, Predator Orion 5000 adalah yang terbaik untuk pengguna yang menginginkan peranti permainan video yang luar biasa.

Predator Orion 9000 pula merupakan peranti impian yang disasarkan kepada pengguna yang mempunyai permintaan tinggi kerana ia dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080. 

Tingkap sisinya menunjukkan bahagian dalaman yang mengagumkan bersama dengan reka bentuk yang memastikan tahap electromagnetic interference (EMI) berada dalam keadaan terbaik, tanpa mengira saiz bukaannya. 

IceTunnel 2.0 Acer mengeluarkan haba panas menerusi pengurusan aliran udara yang mengasingkan sistem kepada beberapa zon thermal, setiap satunya dengan corong aliran udara tersendiri. 

Boleh didapati mulai sekarang melalui stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara, Predator Orion 9000 yang dilengkapi 16GB DDR4 RAM dan 512GB SSD + 2TB HDD ditawarkan pada harga RM13,299.

Sementara Orion 5000 yang hadir dengan 8GB RAM dan 256GB SSD + 1TB HDD pula berharga RM9,999. 

Monitor Lengkung Predator X35 

Predator X35 DisplayHDR ialah monitor lengkung 1800R pertama bersaiz 35 inci di dunia yang menerima penarafan NVIDIA G-SYNC ULTIMATE VESA. Ia hadir dengan panel VA beresolusi 3440 x 1440 UWQHD. 

Dengan reka bentuk ZeroFrame, tempoh maklum balas 2 ms GTG (Grey to Grey) dan mod overclock sehingga 200Hz, Predator X35 memperkasakan pemain dengan kualiti permainan yang lancar dan pantas, tanpa masalah screen tearing, selain sela dan sentak yang minimum. 

Dengan Teknologi Quantum Dot dan paparan 10-bit, Predator X35 menawarkan 1.07 bilion warna dalam 90% DCI-P3 standard.

Monitor ini mempunyai 512 zon dengan lampu LED langsung bersama kecerahan 1000 nits untuk memaparkan warna hitam yang lebih dalam dan gelap bersama perincian yang biasanya tersembunyi di sebalik bayang-bayang. 

Bermain tanpa lampu RGB bukanlah satu pengalaman yang lengkap kerana ia bukan sekadar pencahayaan!

Terima kasih kepada aplikasi RGB Light Sense, lampu-lampu RGB di bahagian belakang Predator X35 kini merupakan sebahagian daripada pengalaman bermain video. 

Basic Sync membolehkan pengguna untuk memilih warna-warna terang dan sembilan kesan asal.

Manakala Music Sync mengesan ritma dan bunyi muzik, filem atau permainan sebelum mengubahsuai pencahayaan serta kesan dengan sebaiknya. 

Predator X35 boleh didapati pada pertengahan Julai 2019 melalui stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara pada harga RM9,399.

Acer Nitro Series Monitor 

Dilengkapi teknologi AMD Radeon FreeSync, ketiga-tiga monitor Nitro baharu menampilkan kadar segar semula 144Hz dan tempoh maklum balas 1ms bersama paparan Visual Response Boost untuk menghilangkan kekaburan semasa adegan pantas, mengurangkan kabur dan kesan tidak jelas. 

Monitor Acer Nitro baharu hadir dengan ciri Acer Display Widgets yang membolehkan pengguna mengubahsuai tetapan monitor tanpa perlu menekan butang.

Monitor itu juga dilengkapi ciri AcerVisualCare untuk membantu mengurangkan keletihan mata dan memberikan pengalaman menonton yang lebih selesa. 

Monitor Acer Nitro VG271U P dilengkapi paparan WQHD (2560 x 1440) IPS bersaiz 27 inci bersama 8bit + FRC untuk menawarkan sehingga 1.07 bilion warna dalam 95% DCI-P3 untuk visual yang lebih jelas serta tepat. Ia boleh didapati pada harga RM1,399.

Monitor Acer Nitro VG270 P dengan paparan FHD IPS bersaiz 27 inci hadir dengan kecerahan 400 nits dan ciri HDR 10 menawarkan perincian lebih jelas dalam adegan-adegan gelap. Ia ditawarkan pada harga RM899.

Monitor Nitro VG240Y P dengan paparan FHD IPS bersaiz 23.8 inci pula berharga RM699.

Ketiga-tiga monitor Acer Nitro baharu ini boleh didapati mulai akhir Julai 2019 melalui stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara. 

Acer ED322QR P Monitor Lengkung 31.5 inci 

Dilengkapi paparan panel VA beresolusi 1920 x 1080 FHD bersaiz 31.5 inci, Acer ED322QR P menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan dengan reka bentuk lengkung 1800R dan sudut tontonan 178∞.

Paparan itu menampilkan teknologi AMD Radeon FreeSync dengan kadar segar semula 144Hz dan tempoh maklum balas 4ms yang mengelakkan masalah screen tearing serta memberikan pengalaman bermain yang lancar dengan lengah masa yang minimum.

Dengan teknologi AcerVisionCare, monitor ini menawarkan pengalaman tontonan yang lebih selesa dengan meminimumkan kepenatan mata, walaupun digunakan dalam tempoh yang lama, menjadikannya cukup sesuai untuk pengatur cara komputer, penulis dan pereka bentuk.

Ditawarkan pada harga RM939, Acer ED322QR P boleh didapati sekarang melalui stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi ñ 6 petang, Isnin hingga Jumaat). 

Google ads
Back to top button