Peranti

ACER SWIFT 7 & ACER SPIN 3 2019 – KOMPUTER RIBA IDEAL UNTUK ANDA

Seiring dengan pelancaran barisan produk Predator, Acer Malaysia turut memperkenalkan komputer riba yang ultra nipis dan ringan, Acer Swift 7 (2019) serta Acer Spin 3 yang telah dipertingkatkan aspek teknologinya. 

Untuk makluman, Acer Swift 7 berjaya merangkul Anugerah Inovasi CES 2019, Anugerah Reka Bentuk Red Dot 2019, Anugerah Rekabentuk iF 2019 dan Anugerah Computex d&i 2019.  

Acer Swift 7 (2019) – Bermula RM5,699 

Direka untuk golongan profesional yang sentiasa bergerak, Acer Swift 7 mempunyai rekaan chasis moden, kemas dan minimalis. Lebih menarik, berat cuma 890g dan menjadikannya lebih kecil berbanding komputer riba lain yang bersaiz 14 inci. 

Dengan dimensi ukuran hanya 317.9×191.5mm, ia mudah dibawa dan boleh dimasukkan ke dalam beg tangan.  Reka bentuk tanpa kipas memberikan ketenangan kepada pengguna kerana peranti itu tidak menggeluarkan bunyi dan tidak mempunyai masalah habuk.

Acer Swift 7 dikuasakan oleh pemproses 8th Gen Intel® Core™ yang dipadankan dengan RAM 8GB dan PCIe NVMe SSD bagi pemprosesan lebih pantas.

Komputer riba itu turut didatangkan dengan dua ruang pemacu USB Type-C Gen 2 yang berupaya menyokong sehingga 10Gbps dan Gigabit Wi-Fi berteknologi 2×2 MU-MIMO. Sekali gus dapat mengurangkan masa penyambungan atau pemindahan data. 

Acer Swift 7 mampu memberi kepuasan kepada pengguna untuk melihat skrin lebih luas memandangkan ia mempunyai kerangka tepi yang nipis, 4.27mm pada kedua-dua bahagian sisi dan 4.35mm di atasnya.

Ia mempunyai nisbah skrin-ke-badan yang mengagumkan iaitu sebanyak 92 peratus. Selain dilengkapi paparan sentuh bersaiz 14 inci berdefinisi penuh menggunakan panel IPS. 

Justeru, ia berupaya menawarkan warna terang dan rona yang tepat dengan 100 peratus sRGB/72 warna gamut NTSC. Sejajar dengan konsep rekaan serba ringkas dan privasi yang lebih baik, Acer Swift 7 mempunyai kamera tekan-terbuka yang tersembunyi di atas papan kekunci.

Komputer riba Acer Swift 7 mementingkan tahap keselamatan dengan mempunyai butang kuasa bersama fungsi cap jari sebagai tujuan privasi dan memudahkan daftar masuk pengguna. 

Acer Swift 7 mempunyai kecerahan optikal terbaik. Di samping gerakan dan sentuhan leretan lebih baik memandangkan ia menggunakan Corning Gorilla Glass 6 untuk paparan lebih tahan lama. Manakala Corning Gorilla Glass 3 digunakan pada pad sentuhan. 

Komputer riba itu juga dilengkapi bateri yang boleh bertahan sehingga 12 jam. Ini tidak memerlukan pengguna  membawa pengecas.

Acer Swift 7 didatangkan dengan dua pilihan iaitu Intel® Core™ i5 atau Intel® Core™ i7 yang masing-masing dijual pada harga RM5,999 dan RM7,599. Kedua-duanya hadir bersama sarung perlindung kulit.

Ia turut dilengkapi  USB Jenis C boleh ubah (USB Type-A and HDMI ports). Peranti itu sudah boleh dibeli melalui stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara.

Sempena siri jelajah Predator yang berlangsung 26 hingga 30 Jun 2019, pelanggan akan menikmati potongan sehingga RM500 dan hadiah tambahan apabila mereka membeli peranti terpilih. 

Bagi mereka yang tidak berkesempatan, tawaran promosi istimewa untuk pembelian Acer Swift 7 bakal dilanjutkan oleh rakan niaga yang lain.

Acer Spin 3 (2019) – RM2,499 

Acer Spin 3 serba baharu yang mempunyai ciri boleh laras sehingga 360 darjah kini dilengkapi paparan sentuh bersaiz 14 inci berdefinisi penuh menggunakan panel IPS. Ini bagi memastikan warna yang dipaparkan lebih tepat dan sudut paparan sehingga 178 darjah. 

Keistimewaan ini pastinya memberi faedah kepada pengguna untuk berkongsi kegembiraan dan maklumat yang dipaparkan bersama keluarga, rakan mahupun rakan sekerja. Luas kerangka skrin yang nipis bersaiz 9.6mm, sekali gus memberikan 78.9 peratus paparan skrin. 

Bersama ciri Active Stylus yang diiktiraf oleh Microsoft dan Pen Protocol Microsoft bersepadu, Acer Spin 3  hadir dengan stylus dock yang memastikan ia sentiasa dicaj dan tidak mudah hilang. 

Acer Spin 3 dikuasakan oleh Intel® Core™ i3 Generasi ke-8, RAM 4GB dengan satu slot yang boleh dinaik taraf dan 4GB PCIe SSD di dalam chasis nipis bersaiz 19.99mm. Bateri pula mampu bertahan sehingga 12 jam.  

Hanya seberat 1.7 kg, ia mudah untuk dibawa kemana sahaja. Acer Spin 3 juga mempunyai ciri dua pembesar suara menghadap ke hadapan yang menjadikan audio lebih jelas dan kuat untuk pelbagai mod.

Komputer riba itu sudah boleh didapati di stor atas talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara pada harga RM2,499 seunit.

Maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat).

Google ads
Back to top button