Buletin

ACER LANCAR SWIFT 3 DAN SWIFT 5 2020. LEBIH NIPIS, BERKUASA. BERMULA RM3,299 SEUNIT

Acer Malaysia mengumumkan ketibaan Acer Swift 5, Swift 3 dan TravelMate P2 baharu yang dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ terkini.

Acer Swift 5

Acer Swift 5 direka untuk pengguna bijak yang mahukan prestasi, gaya dan kemudahan daripada komputer riba mereka. Acer Swift 5 baharu dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-11, 512GB PCIe NVMe SSD dan Onboard LPDDR4X sehingga 16GB di dalam sebuah chasis ultra nipis.

Dengan Grafik Intel® Iris® Xe, Acer Swift 5 baharu bersedia untuk mengendalikan video dan grafik dari mana-mana dan pada bila-bila masa.

Dibina bersama Intel serta diiktiraf sebagai sebuah komputer riba dengan platform Intel® Evo™, Acer Swift 5 memiliki spesifikasi dan ciri-ciri penting untuk menawarkan maklum balas yang konsisten, dapat dihidupkan secara serta-merta, jangka hayat bateri lebih lama serta pengecasan pantas.

Ia mampu menjalankan pelbagai aplikasi sepanjang 15 jam dengan sekali caj penuh. Dalam situasi kecemasan, ia boleh dicas sepantas 30 minit untuk membolehkan video dimainkan selama 4 jam.

Keupayaan Acer Swift 5 dipadankan dengan nilai estetikanya yang cantik. Chasis magnesium-lithium dan magnesium-aluminum bergred tinggi menjadikan Acer Swift 5 hanya seberat 1.05kg dan senipis 14.95mm.

Acer Swift 5 hadir bersama paparan sentuh FHD IPS bersaiz 14 inci yang menyokong 100% gamut warna sRGB untuk memberikan visual yang sangat jelas.

Dengan rekaan bezel nipis yang menawarkan nisbah skrin-ke-badan sehingga 90%, paparan tersebut dilapisi Antimicrobial Corning® Gorilla® Glass untuk mengurangkan pembiakan mikro organisma.

Ciri Intel® Wireless Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.0 membolehkan pengguna membuat sambungan tanpa wayar dengan mudah. Penghantaran data juga lebih pantas dengan Thunderbolt 4.

Dilengkapi penyelesaian cap jari Acer Bio-Protection, Acer Swift 5 menawarkan akses yang lebih pantas dan selamat kepada Windows Hello untuk mengenal pasti identiti pengguna tanpa memerlukan sebarang kata laluan.

Sudah siap dipasang dengan Microsoft Office Home & Student 2019, Acer Swift 5 berwarna hijau (mist Green) kini boleh didapati di semua penjual sah Acer di seluruh negara pada harga bermula RM3,999.

Acer Swift 3

Direka untuk pengguna yang mempunyai gaya hidup aktif, Acer Swift 3 hadir dalam tiga pilihan warna menarik.

Acer Swift 3 dikuasakan oleh pemproses sehingga Intel® Core™ i7 Generasi ke-11 dan Intel® Iris® Xe Graphics onboard LPDDR4X mencecah 16GB serta 512GB PCle NVMe SSD untuk menawarkan prestasi dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Hadir dengan paparan skrin IPS FHD LED bezel nipis bersaiz 14 inci, Acer Swift 3 memasukkan segala prestasinya ke dalam kerangka besi aluminum dan magnesium-aluminum setebal 15.95mm dan hanya seberat 1.2kg.

Dengan WiFi 6 (Gig+), pelanggan boleh menikmati ketersambungan internet yang pantas dan stabil. Acer Swift 3 didatangkan dengan jangka hayat bateri selama 12 jam dan menyokong pegecasan pantas 30 minit untuk memberikan tontonan video selama 4 jam.

Bukan itu sahaja, Acer Swift 3 sudah dipasang dengan Microsoft Office Home & Student 2019 yang terus boleh digunakan.

Acer Swift 3 boleh didapati mulai sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara pada harga bermula RM3,299.

Google ads
Back to top button