Artikel Pilihan

KERETA ELEKTRIK ORA iQ – INI BUKAN KERETA SEDAN. INI ADALAH SEBUAH CROSSOVER

Dalam artikel terdahulu, Brader Karrager ada bercerita tentang pembuat yang baharu dari China Ora yang mengkhususkan pembuatan kereta elektrik (EV) semata. Sebenarnya, di awal pengenalan jenama ini di pasaran China, Ora iQ adalah model pertama yang diperkenalkan dalam katalog untuk dipilih.

Sesungguhnya, pasti ramai yang menyangka bahawa model ini sebenarnya sebuah sedan biasa. Tapi menurut Ora, ianya adalah sebuah model Crossover. Terima kasih kepada badan kenderaan yang telah dijinjangkan. Cuma proposisi tiang belakang yang kelihatan macam tak berapa ngam. Nak kata Coupe, bukan. Entahlah. Entah apa pula kata warganet di China sana ketika mula melihatkan Ora iQ ini ketika mula diperkenalkan dua tahun yang lalu.

Tapi yang pasti, ketika mula diperkenalkan sewaktu Chengu Motor Show 2018, ianya telah ditempah sehingga 4,000 unit oleh JD AUTO, sebuah retail kenderaan milik gergasi e-perdagangan Chima JD.com.

Sebagai sebuah kenderaan elektrik, sudah tentu gril yang fancy tidak menjadi keutamaan. Untuk Ora iQ ini, gril dan lampu utama LED yang menipis diintegrasikan bagi memperlihatkan imej yang kelihatan menawan. Dan menambahkan seri imej luaran Ora iQ ini adalah penggunaan rim bersaiz 17. Karang kalau pakai rim 15, memang kena gelaklah. Badan sasa, kaki kecil.

Bahagian belakangnya pula macam yang Brader Karrager maklumkan kelihatan sedikit aneh dan mengelirukan. Mujur lampu yang menggunakan LED menyelamatkan sedikit iras daripada mendapat kecaman. Cantiklah juga.

Bagi menggerakkan Ora iQ, ianya menggunakan bateri ternary-lithium yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 47 kWh dan tork 280 Nm. Setakat meter kelajuan nak capai 150 km/j boleh lagi ni. Kombinasi jarak perbatuannya pula boleh melangkaui sehingga 401 km. Paling menarik adalah sang pemandu boleh memilih mode tetapan pemanduan ECO, Normal dan juga Sport. Tengok kepada bateri jugalah. Kalau dah tinggal 20% nak Sport jadahnya. Kenalah pergi caj dahulu. Tipikal pengecasan penuh untuk kenderaan elektrik boleh mencecah semalaman.

Tahukah bahawa Ora iQ ini turut dijangka membuat kemunculan di India pada 2021 nanti. Sememangnya model ini boleh tahan popular juga di China. Terima kasih kepada rekaannya yang unik dan aneh ini. Para aras harga 89,800 Yuan (RM53,118). Anda mahukan sebuah kenderaan elektrik yang kelihatan lain daripada yang lain tetapi masih kelihatan sedikit menarik, barangkali inilah jawapan dia.

BACA : ORA EULER R1 – EV YANG MACAM PERNAH KITA TENGOK

BACA : SYARIKAT INDUK HAVAL PERKENAL JENAMA KENDERAAN ELEKTRIK BAHARU – ORA

Google ads
Back to top button