
AKIBAT BERCAKAP BENAR, JURUTERA JAGUAR LAND ROVER DIBUANG KERJA
Walaupun Vietnam berbangga dengan kereta elektrik keluaran negara mereka, namun produk mereka semakin kerap dicemari dengan pelbagai isu luar biasa seperti kelewatan dalam pengeluaran, dihentam dengan teruk dalam video rebiu, jualan yang rendah dan pengkritik produk mereka di Vietnam telah ditahan polis.
Namun baru-baru ini, jenama Vinfast terus menerima reputasi buruk apabila salah seorang jurutera yang terlibat dalam pembangunan Vinfast VF8 telah dibuang kerja secara tidak sah selepas melaporkan kualiti Vinfast di laman sosial Reddit
Dalam satu hantaran, Hazar Denli mengatakan yang beliau bimbang dengan kualiti pembinaan sistem suspensi dan komponen suspensi model Vinfast. Hazar mengkritik tindakan Vinfast yang kelihatan terburu-buru mengejar jadual pembangunan kenderaan dan mengambil jalan pintas yang menyalahi prosedur pembangunan kenderaan bagi model VF6 dan VF7
Sebagai contoh, Hazar menyatakan yang ada beberapa komponen telah mengalami kehausan luar biasa iaitu 5 kali lebih cepat berbanding dengan standard industri, dan bertahan sekitar 15,000 batu ujian pemanduan sahaja berbanding dengan 95,000 batu ujian pemanduan
Hazar mengatakan kehausan luar biasa ini menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan sewaktu memandu. Kebanyakan kenderaan Vinfast dibangunkan oleh firma konsultan Tata Technologies dan Vinfast merupakan pelanggan mereka dan Hazar telah membawa isu ini sewaktu berkerja dengan dengan Tata
Sewaktu pandu uji model prototaip, Hazar juga mendapati komponen cesi seperti lengan sistem suspensi akan patah pada perbatuan yang rendah. Dalam keadaan pemanduan tekanan tinggi seperti melalui lopak jalan pada halaju tertentu, roda depan akan mudah lari tetapan asal dan menyebabkan penjajaran asal terganggu seterusnya akan “mengheret” kenderaan ke kiri atau kanan dengan mudah
Isu ketiga yang dilaporkan oleh Hazar ialah sambungan knuckle yang memegang roda depan akan mudah longgar, dan menyebabkan risiko lain seperti roda depan tercabut terus
Hazar merupakan pakar dalam rekaan platform telah dilantik untuk mengetuai pasukan jurutera bagi membangunkan sistem suspensi depan Vinfast bermula pada tahun 2022, sewaktu pembangunan sedang berlangsung dengan jadual yang sangat ketat.
Pada ketika inilah Hazar mendapati Vinfast mengambil jalan pintas dalam aspek keselamatan bagi memastikan kos pembangunan berada dalam keadaan minima, termasuklah mengupah sepasukan kecil jurutera tidak berpengalaman dalam bidang yang berkaitan
Hazar menjadi semakin gusar selepas mendapati 3 jurutera yang berada di posisinya telah berhenti sebelum Hazar masuk untuk menggantikan posisi mereka. Semua insiden yang berlaku terjadi sewaktu semua model bersedia untuk dihasilkan secara besar-besaran
Sebagai tindakan pembetulan, Hazar mencadangkan kepada senior eksekutid di Tata Technologies dan Vinfast termasuklah mereka bentuk semua semua komponen bermasalah dan menggantikan semua komponen dengan bahan yang lebih bermutu tinggi
Namun cadangan ini ditolak memandangkan ia akan meningkatkan kos pengeluaran dan menyebabkan Vinfast akan mengalami kelewatan dalam penghasilan kenderaan. Kecewa dengan cadangan ditolak, Hazar kemudian berhenti dari Tata dan mula bekerja denga Jaguar Land Rover
Selepas Tata Group dan Vinfast mendapati Hazar membawa isu ini ke laman sosial, mereka bertindak berkonspirasi dengan Jaguar Land Rover. Dan malang bagi Hazar kerana Jaguar juga adalah anak syarikat kepada Tata, menyebabkan Hazar diberhentikan kerja dari JGL secara tidak sah
Kes ini bertambah besar apabila NHTSA mula menyiasat satu kemalangan maut membabitkan sebuah keluarga yang mati dalam Vinfast VF8 pada 24 April 2024. Sehingga hari ini 28 kes rungutan pembeli telah dibawa ke NHTSA oleh pembeli
Pembeli juga melaporkan yang sistem Lane Keep Assist pada model VF8 juga gagal beroperasi dengan baik. Bagi Hazar pula, kes pemberhentiannya dengan Jaguar Land Rover telah dibawa ke tribunal pekerjaan dengan asas dia tidak melakukan apa-apa kesalahan