Buletin

AKIBAT MINAT, LELAKI INI TUKAR GARAJ JADI SEPERTI BILIK PAMERAN TESLA

Disebabkan oleh minat yang sangat mendalam terhadap jenama Tesla, seorang lelaki di Amerika Syarikat telah mengubah suai garaj di rumahnya menjadi seperti sebuah bilik pameran Tesla.

Hanya dikenali sebagai Erik, kesungguhannya terselah apabila bukan sahaja mengecat dinding dengan warna merah, lengkap bersama huruf dan serta logo Tesla yang dibuat sendiri menggunakan papan lapis atau MDF. Malah, kerusi dan meja juga dibeli daripada jenama yang sama seperti di bilik pameran.

tesla-garage-gallery-mekanika-4

Memetik laporan Autoevolution, Erik yang juga pemilik tesla Model S mengambil masa selama beberapa hari untuk mengubah penampilan garajnya itu. Kecuali lantai, hampir sebahagian besar garaj tersebut cuba meniru bilik pameran Tesla yang sebenar.

BACA: 7 MITOS ENJIN HIBRID & KERETA ELEKTRIK

BACA: JUALAN BATERI PANASONIC NAIK 2 KALI GANDA

Dalam video berdurasi lebih 33 minit yang disiarkan di laman YouTube, Erik menunjukkan secara terpeinci perjalanan projeknya itu. Menurutnya, ini adalah video pertama, akan ada pula video seterusnya.

Lain macam betul peminat Tesla yang juga dipanggil sebagai Teslaratis ini. Mereka bukan sahaja taksub kepada kereta, tidak terkecuali ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.

tesla-garage-gallery-mekanika-3

Inisiatif itu jelas membawa semangat ‘fanboy’ ke satu tahap berbeza. Ada sesiapa nak tukar rumah jadi macam bengkel motor pulak?

Google ads
Back to top button