Buletin

JUALAN BATERI PANASONIC NAIK 2 KALI GANDA

Kunci utama kejayaan sesebuah kereta elektrik atau hibrid terletak pada teknologi baterinya. Panasonic Corp, peneraju firma bateri dari Jepun membuktikan bahawa teknologi mereka adalah yang terbaik. Ia mendapat kepercayaan daripada Tesla Motor untuk menghasilkan bateri bagi kegunaan automotif.

Tesla-Model-3-Panasonic-mekanika (1)

Panasonic merupakan vendor bateri lithium ion untuk kereta Tesla Model 3. Jualan kereta elektrik itu yang meningkat mendadak membolehkan Panasonic mencatat keuntungan luar biasa. Mereka menjangkakan jualan bateri ini meningkat kepada AS$3.98 billion (RM17 bilion) menjelang tahun 2019.

Tesla-Model-3-Panasonic-mekanika (3)

Pegawai Eksekutif Perniagaan Sistem Automotif dan Industri Panasonic, Kenji Tamura melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif dalam industri.

Konglomerat dari Jepun itu juga bercadang menambah pelaburan sebanyak AS$1.6 bilion di kilang ‘gigafactory’ Tesla yang terletak di Nevada, Texas berikutan penambahan permintaan terhadap Model 3 sedan.

Tesla-Model-3-Panasonic-mekanika (4)

CEO Tesla pada April lalu mengumumkan bakal meningkatkan jumlah pengeluaran sehingga 500,000 unit menjelang 2018, dua tahun lebih awal berbanding jangkaan asal mereka.

Google ads
Back to top button