
MAZDA MENANG BESAR DALAM ACOTY 2016!
Dalam acara sulung anugerah ASEAN Car of the Year 2016 (ACOTY) yang belangsung baru-baru ini, Mazda menjadi jenama pengeluar yang menerima paling banyak pengiktirafan.
Ini sekali gus mengukuhkan lagi Mazda sebagai jenama yang kian popular di Malaysia. Harus tahu bahawa anugerah itu adalah hasil undian 30 orang wartawan pemotoran dari 18 media di tiga buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Tidak terkecuali, undian daripada lebih 350 orang pengguna yang mengundi dalam aspek pengalaman pemilikan mereka. Perunding selepas jualan ACS AsiaPac dan penyedia perkhidmatan jaminan pihak ketiga, Opal turut memberi penilaian ke atas aspek kebolehpercayaan dan selepas jualan setiap finalis. Untuk layak, sesebuah kenderaan itulah mesti dijual di semua negara tersebut mulai Januari hingga Ogos 2016.
Anugerah utama pastinya pemenang keseluruhan ACOTY 2016 menerusi Mazda Cx-5. Model facelift CX-5 yang hadir dengan gayaan lebih menarik dan tawaran enjin diesel 2.2-litre SkyActiv-D mengalahkanGonda Civic yang berada di tempat keda dan Mercedes-Benz C-Class. Persaingan dilihat cukup sengit apabila pemenang hanya dipisahkan oleh 1.77 mata.
Skor yang lebih terperinci boleh anda dapati di pautan ini: www.caroftheyear.asia
Anugerah lain yang dimenangi oleh Mazda ialah Mazda2 hatchback (Compact Hatch of the Year), Mazda2 Sedan (Compact Sedan of the Year), Mazda3 Hatchback (Family Hatch of the Year), Mazda6 (Executive Car of the Year), Mazda CX-3 (Crossover of the Year) dan Mazda CX-5 (Mid-Size SUV of the Year).
Dianjurkan oleh iCar Asia, ACOTY menawarkan hak komersial logo ACOTY secara percuma kepada jenama yang memenanginya.
“Tahniah kepada Mazda, Honda dan Mercedes-Benz atas kemenangan mereka dalam ACOTY pada tahun ini. Ia adalah hasil jelas daripada usaha mereka menawarkan produk yang betul pada harga tepat dan berhubung dengan para pelanggan di pasaran ASEAN,” kata ketua Pegawai Eksekutif iCar Asia Limited, Hamish Stone.
Selain anugerah yang bersifat serantau, ACOTY turut memberi pengiktirafan di peringkat negara. Di Malaysia, kenderaan dikategorikan kepada 24 segmen berbeza.
Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:
ASEAN CAR OF THE YEAR 2016 – KATEGORI MALAYSIA
Budget Car of the Year: Proton Iriz
Compact Hatch of the Year: Mazda 2 Hatchback
Compact Sedan of the Year: Mazda 2 Sedan
Family Hatch of the Year: Mazda 3 Hatchback
Family Sedan of the Year: Honda Civic
Executive Car of the Year: Mazda 6
Budget MPV of the Year: Toyota Sienta
Mid-Size MPV of the Year: Nissan Serena S-Hybrid
Large MPV of the Year: Honda Odyssey
Crossover of the Year: Mazda CX-3
Mid-Size SUV of the Year: Mazda CX-5
Large SUV of the Year: Nissan X-Trail
Premium Compact Car of the Year: Volvo V40
Premium Family Car of the Year: Mercedes-Benz C-Class
Premium Executive Car of the Year: Mercedes-Benz E-Class
Limousine of the Year: Mercedes-Benz S-Class
Premium Compact SUV of the Year: BMW X1
Premium Mid-Size SUV of the Year: Volvo XC60
Luxury SUV of the Year: Volvo XC90
Driver’s Car of the Year: Volkswagen Golf R
Performance Car of the Year: Porsche 718 Cayman/Boxster
Coupe/Cabrio of the Year: Audi TT
Grand Tourer of the Year: Mercedes-Benz S-Class Coupe
Pick-up Truck of the Year: Ford Ranger