Buletin

AKSI MOGOK DI PORT VANCOUVER, JEJAS PENGHANTARAN KENDERAAN DARI ASIA

Pembeli dari Kanada mungkin terpaksa menunggu ketibaan kenderaan dari Jepun, Korea Selatan, China atau Vietnam lebih lama kerana di Pelabuhan Vancouver, terdapat aksi mogok dilakukan oleh pekerja.

Aksi mogok berkenaan melibatkan lebih 7,000 pekerja di mana kaum pekerja mahukan ‘urusan adil’ termasuk melindungi hak pekerja, kontrak serta kos sara hidup meningkat.

Umum mengetahui bahawa Pelabuhan Vancouver  mengendalikan, import, kenderaan baharu, alat ganti kereta dan bahan mentah yang datang dari negara Asia. Mogok panjang sudah pasti akan menjejaskan masa penghantaran di seluruh Kanada, apatah lagi pengeluaran kenderaan di kilang Kanada.

Global Automakers of Canada, mewakili syarikat kereta luar negara di negara itu, menggalakkan ILWU dan Persatuan Majikan Maritim British Columbia untuk menyelesaikan segala permasalahan secepat mungkin sekali gus membolehkan operasi berjalan seperti biasa.

Selain itu, campur tangan dari Kerajaan juga diperlukan ketika ini selain, mengaplikasikan undang-undang khas untuk memastikan setiap pihak memperoleh keadilan dari isu yang dibangkitkan.

Buat masa ini, Ottawa hanya berkhidmat sebagai orang tengah dan lebih suka membiarkan rundingan itu dimainkan.

Google ads
Back to top button