Buletin

FOXCONN LABUR RM1.2 BILION – BINA KOMPONEN, PENGECAS EV DI VIETNAM

Pasaran kenderaan elektrik kini tidak hanya tertumpu di Indonesia mahu pun Thailand sahaja, malah Foxconn, menerusi unitnya di Singapura, mengumumkan pelaburan AS$250 juta (RM1.2 bilion) di Vietnam.

Syarikat itu mengesahkan bahawa pelaburan itu adalah untuk membina pelbagai komponen kenderaan elektrik dan produk lain bagi memenuhi permintaan serta keperluan pembangunan di masa hadapan.

Daripada pelaburan AS$250 juta (RM1.2 bilion), kira-kira AS$200 juta (RM929 juta) akan digunakan untuk membina sebuah kilang di mana ia bakal berfungsi menghasilkan pengecas serta komponen EV.

Menurut Foxconn, kilang berkenaan bakal memulakan pengeluaran pada Januari 2025 dengan kekuatan tenaga kerja seramai 1,200 orang.

Sementara baki AS$46 juta (RM214 juta) pula diperuntukkan untuk pengeluaran komponen elektronik dan telekomunikasi menjelang Oktober 2024.

Sebelum ini Reuters melaporkan Foxconn telah melabur bernilai AS$100 juta (RM465 juta) untuk membina sebuah kilang di wilayah tengah negara itu, Nghe An.

Google ads
Back to top button