
WARGA BRITAIN DINASIHATKAN JANGAN TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN JALAN RAYA – AMBULAN MOGOK BEY
Warga Britain dinasihatkan agar mengelakkan perjalanan dengan kereta jika tidak ada keperluan yang mendesak kerana pemandu ambulan melancarkan mogok di seluruh negara. Letih juga kalau terlibat dengan kemalangan tapi ambulan tak ada. Takkan panggil Grab kot?
Menteri Kesihatan Britain, Will Quince memberitahu BBC yang orang ramai perlu mengelak dari aktiviti berisiko sepanjang mogok berlangsung dan antara aktiviti yang disebut ialah bersukan dan memandu.
Jadi rancanglah betul-betul aktiviti khusus sukan yang agak ekstrim dan melibatkan sentuhan seperti bolasepak, hoki dan sebagainya.

Paramedic, petugas bilik kawalan kecemasan dan pekerja sokongan dari tiga gabungan ambulan – Unison, GMB dan Unite melancarkan mogok kali pertama pada 21 Disember menuntut kenaikan gaji. Mereka menuntut gaji yang lebih tinggi sepertimana sepatutnya diterima sebelum inflasi melanda. Rasanya nak salahkan kerajaan pun tak sesuai dalam keadaan inflasi. Tapi biasalag duit punya hal kan?
Bagaimanapun panggilan kecemasan kategori 1 talian 999 UK seperti masalah serangan jantung masih akan dilayan oleh petugas ambulan (kira tak adalah diorang buat tak peduli seratus peratus). Tapi kategori 2 contohnya strok mungkin tidak akan menerima respon kakitangan ambulan seperti biasa. Kategori 3 macam sakit nak bersalin memang kena standby kereta sendiri siap-siap la.
Seramai hampir 600 anggota tentera mungkin dikerahkan untuk membantu menyediakan perkhidmatan ambulan jika diperlukan dan 150 orang lagi bersedia sebagai tambahan sepanjang mogok yang dikatakan akan berulang pada 28 Disember ini jika tiada kata putus diperolehi dari kerajaan.
Tapi masalah juga sebab pemandu tentera ini tidak dibenarkan melanggar lampu isyarat merah, melanggar halaju dan menggunakan lampu isyarat kecemasan biru pada ambulan. Nah, jadi macam bawa van biasa je lah macam tu.
Jangan main-main, susah jadinya kalau pekerja kesihatam macam pemandu ambulan mogok. Harap-harap situasi macam ini tak akan berlaku kat negara kita ni.