Buletin

AMERIKA SYARIKAT DAPAT HR-V BERBEZA DARI YANG LAIN!

Honda HR-V yang banyak kelihatan di atas jalan raya tempatan hari ini adalah dari generasi kedua yang mula dikeluarkan pada tahun 2013.

HR-V generasi pertama juga ada di negara kita namun sukar ditemui kerana tidak dipasarkan secara rasmi. Menarik tentang generasi pertama ianya mempunyai dua gaya badan iaitu tiga dan empat pintu.

Seperkara lagi yang perlu diketahui adalah tempoh lama di antara generasi pertama dan kedua selepas dihentikan pada tahun 2006.

Di beberapa buah negara seperti Jepun dan United Kingdom, HR-V generasi ketiga sudah ditawarkan dan dijangka bakal menemui pasaran tempatan selepas dilancarkan di Thailand pada November 2021.

Di sebalik pelancaran tersebut ada perkhabaran dari Amerika Syarikat.

American Honda Motor Co., Inc. pada 13 Januari mengumumkan HR-V baharu bakal ditawarkan tahun ini.

Cumanya, berserta khabar tersebut ditampilkan sekali lakaran HR-V yang langsung berbeza dari model global seperti Jepun, UK dan Thailand.

Perbezaan begitu adalah perkara biasa untuk pasaran besar seperti AS.

Honda juga sebelum ini menawarkan Civic dengan gayaan berbeza di Eropah malah HR-V generasi kedua sendiri mempunyai beberapa versi di China.

Secara asasnya, bentuk HR-V AS nampak sama seperti HR-V global namun dibezakan jelas pada bahagian depan.

Lampu, gril dan bampar kesemuanya berbeza dan nampak lebih agresif berbanding HR-V global.

Dari tepi, bahu badan dan bahagian bawah nampak seperti sama kecuali pembuka pintu belakang yang diletakkan sebaris dengan pembuka pintu depan.

Satu identiti HR-V global yang dikekalkan sejak generasi kedua ialah pembuka pintu dibahagian bucu cermin penumpang belakang.

Beralih ke bahagian belakang dan sama seperti depan, lampu, pintu kargo dan bampar menggunakan rekaan tersendiri.

Rekaan lampu belakang nampak seakan dipengaruhi Acura MDX.

Berkenaan rangkaian kuasa, Honda belum mendedahkan maklumat lanjut dan sebagai rujukan, HR-V digerakkan enjin 1.5L i-VTEC (tanpa turbo) dan 1.5L hibrid atau e:HEV.

Pasaran seperti UK dan Thailand hanya menerima model hibrid sahaja. Adakah pengguna AS bakal menerima enjin berlainan? Enjin 1.5 VTEC Turbo misalnya?

BACA: HONDA STEP WGN 2022 DIPERKENAL DI JEPUN, GAYA RINGKAS BERKOTAK!

BACA: HONDA FRANZ SYSTEM, BANTU OKU TANPA TANGAN PANDU KERETA!

BACA: HONDA N-BOX CUSTOM STYLE + BLACK BAHARU, GAYA LEBIH PREMIUM!

BACA: NAK BELI ENJIN K20C1 CIVIC TYPE R? ADA DI AS, DARI RM28K SAHAJA!

Google ads
Back to top button