Buletin

PESAWAT RINGAN LANGGAR SUV DI LEBUH RAYA

Dalam insiden agak pelik, sebuah pesawat ringan bertembung dengan SUV di lebuh raya I-35W, New Brighton, Minnesota, Amerika Syarikat.

Menurut laporan,  juruterbang pesawat Bellanca Viking terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di lebuh raya terbabit dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 9.15 malam pada 2 Disember lalu.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), laluan trafik di lebuh raya berkenaan tidak berapa sibuk pada waktu tersebut malah juruterbang dapat mencari ruang melakukan pendaratan kecemasan.

Biarpun, dapat mengelak tiang lampu tetapi terdapat kenderaan yang menggunakan laluan di sebelah kanan sehingga sayap terlanggar bahagian belakang kereta tersebut.

Tidak dapat dipastikan kerosakan dialami kenderaan itu tetapi pesawat ringan itu perlu berdepan proses membaiki yang menelan belanja yang mahal untuk terbang semula, kata laporan itu lagi.

WKYC melaporkan, pihak berkuasa terpaksa menutup lebuh raya selama beberapa jam untuk memastikan proses pembersihan dapat dilakukan.

Katanya,  tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. -carscoops

Google ads
Back to top button