Buletin

PENUMPANG UBER KINI BOLEH PILIH PEMANDU YANG TIDAK BANYAK BERCAKAP

Pernahkan anda menaiki Uber, Grab atau teksi kemudian menyedari pemandu itu jenis yang tidak tahu berhenti bercakap?

Kalau boleh mesti anda seperti mahu tutup sahaja mulut mereka. Memahami perasaan anda itu, perkhidmatan e-haling Uber kini menawarkan satu ciri baharu yang membolehkan pelanggan memilih pemandu yang tidak banyak bercakap. 

Dikenali sebagai Quiet Mode, ciri itu ditawarkan kepada pelanggan yang menempah perkhidmatan Uber Black yang lebih mewah. Selain  Quiet Mode, Uber Black juga menawarkan tiga pilihan lain iaitu “Quiet Preferred”, “Happy to Chat” atau “No Preference.”

Ciri baharu itu kedengaran seperti sesuatu yang dialu-alukan. Bukan sahaja buat golongan profesional yang perlu menerima panggilan penting atau mahukan ketenangan. Malah buat mereka yang tidak gemar berbual macam abang Japar. 

Biarpun begitu, ia dilihat seperti menjadikan pemandu Uber seperti robot. Secara purata, tambang Uber Black adalah 100 kali lebih mahal berbanding UberX dan 200 kali lebih tinggi daripada Uber Pool. 

Dengan naik taraf baharu ini, pelanggan Uber Black juga boleh meminta pemandu mengubah suai suhu atau memberitahu mereka mempunyai beg yang perlu diangkut ke dalam kereta. 

Semua ciri ini perlu dipiilih sebelum membuat tempahan perjalanan, bukannya ketika kereta baru sampai atau anda sudah menaikinya. 

Google ads
Back to top button