Artikel Pilihan

ANDA PERLUKAN 4 LANGKAH INI BAGI MENGHIDUPKAN ENJIN AMG ONE, GENG START KERETA 7 KALI TEKAN MESTI SUKA

Selepas proses pembangunan yang mengambil masa yang lama, hypercar AMG One akan memulakan proses pembuatan di kilang bermula tahun 2012. AMG One boleh ditakrifkan sebagai sebuah jentera F1 dengan trenkuasa sama digunakan dalam perlumbaan dan boleh dipandu secara sah atas jalan raya.

Walaupun rekaan luar dan teknologi yang digunakan adalah sangat menarik, tapi ia merupakan sebuah jentera yang sangat rumit untuk digunakan. Lebih rumit daripada meminta bini kita memilih kedai makan malam.

Malah anda juga mungkin akan pening kepala dengan proses untuk menghidupkan enjin hypercar ini. Dalam satu video yang dihasilkan oleh pengguna Youtube iaitu Shmee150 menunjukkan bagaimana hypercar AMG One dihidupkan dalam satu turutan SOP yang sangat kompleks bagaikana anda perlu menghidupkan enjin jet pejuang

Semua komponen daripada enjin, motor, catalytic converter dan dan juga sistem hibrid perlu dipanaskan mengikut suhu yang sesuai sebelum boleh digunakan. Sekurang-kurangnya hypercar AMG One memerlukan 4 langkah untuk menghidupkan enjin jentera ini.

Semua langkah yang dinyatakan belum lagi termasuk untuk memilih 6 mode pemanduan yang perlu dipilih untuk digunakan sewaktu memandu jentera AMG One ini. Hanya 275 unit sahaja akan dihasilkan dan telah dijual kepada pemilik yang billionaire dan bertuah

Google ads
Back to top button