Artikel Pilihan

FERRARI 499P HYPERCAR, PROTOTAIP PERLUMBAAN DENGAN 670 KUASA KUDA

Ferrari telah melancarkan jentera terbaru mereka bakal membuat penampilan pertama di perlumbaan FIA World Endurance Championship 2023. Model Ferrari 499P ini akan bertanding dalam kelas Hypercar yang bakal memberi saingan sengit kepada Toyota GR020m Peugeot 9X8, Porsche 963 dan Cadillac V-LMDh

499P dikuasakan dengan enjin 3000cc dalam susunan V6 dan juga dibantu dengan sepasang unit turbo berkembar. Walaupun enjin V6 ini diambil daripada model jalanan 296 GT3 yang juga digunakan oleh jentera Ferrari dengan sistem hibrid sport

Dalam penamaan jentera ini, huruf P digunakan bagi membawa maksud Prototaip yang merupakan tradisi Ferrari semenjak tahun 1960an lagi. Ia merupakan sebagai satu tanda yang Ferrari akan bertanding semula dalam cabaran perlumbaan lasak jarak jauh dalam menguji ketahanan jentera

Ketika dikawal oleh pemegang saham terbesar mereka iaitu Fiat, Ferrari ditegah daripada menyertai perlumbaan bermula dari tahun 1973 apabila Scuderia Ferrari kalah teruk kepada pasukan Peranchis iaitu Matra.

Ferrari 499P Hypercar dengan corak perlumbaan merah kuning dan sirip berwarna hitam ini akan digunakan pada perlumbaan 1000 batu Sebring sama seperti yang digunakan oleh jentera prototaip sebelum ini iaitu Ferrari 312P

Jentera ini dibina dengan menggunakan format LMH (Le Mans Hypercar), Ferrari 499P menggunakan sistem pemulihan tenaga hibrid dengan tenaga kinetik yang ditukar menjadi elektrik disimpan dalam bateri 900 volt. Tenaga elektrik ini boleh menggerakkan sistem motor elektrik dengan 270 kuasa kuda

Gabungan enjin V6 turbo berkembar berupaya menjana sehingga 670 kuasa kuda dengan kuasa disalurkan kepada transmisi sequential Xtrac. Semua komponen yang dibina dalam jentera ini diasaskan daripada teknologi yang sama digunakan oleh jentera Ferrari F1

Google ads
Back to top button