Buletin

TOYOTA COROLLA ALTIS FACELIFT – 7 BEG UDARA, VSC UNTUK SEMUA VARIAN

UMW Toyota Motor baru-baru ini mengumumkan bahawa tempahan untuk Toyota Corolla Altis facelift sudah dibuka.

Toyota Corolla Altis baharu itu menampilkan rekaan luaran yang lebih menarik. Sebagai contoh, lampu hadapannya kini lebih nipis. Turut dipasang ialah lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Sedan segmen C itu terus ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.8E yang berharga RM120,900 seunit. Manakala varian 1.8G berharga RM123,900 dan 2.0V (RM138,900). Harga lengkap untuk Altis di atas jalan termasuk GST dan insurans adalah seperti berikut:

toyota-corolla-altis-facelift-2016-mekanika-2

Sudah memasuki generasi ke-11, Altis baharu yang diperkenalkan pada tahun 2014 itu juga menerima penambahan ciri keselamatan seperti tujuh beg udara dan Vehicle Stability Control (VSC) untuk semua varian.

Aspek mekanikal tidak berubah. Altis masih menggunakan enjin 1.8 liter 2ZR-FE yang mampu menghasilkan kuasa 139PS dan tork 173Nm. Sementara enjin 3ZR-FE 2.0 pula berkuasa 145PS dengan tork 187Nm. Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT tujuh kelajuan automatik.

Altis hadir bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jaminan itu juga boleh dipindah milik kepada pemilik baru jika ia dijual dalam tempoh berkenaan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.toyota.com.my, kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota atau hubungi talian Toyota Freephone 1-800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button