Buletin

7.168 SAAT: INILAH NISSAN GT-R TERPANTAS DI BUMI

Jadi, ini lah dia, Nissan GT-R terpantas bagi catatan suku batu atau lebih tepat untuk pecutan drag 402 meter. Godzilla ini berasal dari negara Bahrain dari pasukan Ekanno Racing.

Ekanno Racing meleburkan rekod drag GT-R terpantas mereka sendiri yang dicatatkan pada Januari lalu iaitu 7.44s.

Rekod baru 7.168s ini dicatatkan hanya beberapa hari lalu dan setakat yang diketahui, inilah GT-R paling pantas di bumi bagi jarak suku batu, standard pecutan lurus yang digunakan di litar drag seluruh dunia.

Tidak dinafikan, GT-R telah banyak melakukan kejutan. Menewaskan supercar lebih mewah dan mahal, memadamkan kepantasan 911 turbo di Nurburgring ketika dilancarkan dan juga sukar dikalahkan dalam pentas perlumbaan seperti Super GT.

KUASA MUTLAK VR38DETT: NISSAN GTR

TOYOTA 86 DENGAN ENJIN NISSAN GTR

Kereta ini dibina oleh T1 Race Developement dan menurut T1, penalaan kereta ini sentiasa berubah mengikut keperluan. Enjin VR38DETT ini belum sampai ke peringkat muktamad lagi. Mereka mensasarkan untuk mencatat rekod sepantas 7.1 saat.

Sekarang pun, ia berupaya menghasilkan 2,200 kuasa kuda, lebih tinggi dari hypercar paling tinggi Bugatti Chiron. Ya, itulah kelebihan enjin Jepun.

Nah. Sila tonton video di bawah

 

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button