
ANGGOTA PAKAI HELMET BUKAN UNTUK ELAK AIR KENCING WARGA ASING – PANGLIMA ATM
Sejak pagi tadi, tular berita bahawa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa memakai topi keledar untuk mengelak daripada air kencing yang dibaling oleh warga asing.
Sepasukan anggota ATM kini bertugas mengawal Bangunan Selangor Mansion berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 7 April lalu.
Perkata dinafikan sendiri oleh Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang yang menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian.
“Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet (topi keledar) elak air kencing warga asing ketika bertugas).
“Pihak ATM hanya memakai helmet (topi keledar) untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Manakala di tempat lain adalah seperti biasa,” katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut laporan Sinar Harian, warga asing yang tinggal di Bangunan Selangor Mansion melakukan protes terhadap PKPD dengan melempar barang dari tingkat atas.
Mereka bukan sekadar melempar sampah, malah anggota keselamatan berdepan dengan balingan bungkusan plastik berisi air kencing.
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan.
Selain Bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, PKPD telah dikuatkuasakan di tiga lagi lokasi iaitu Simpang Renggam, Hulu Langat dan Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. – Bernama, Malaysiakini. kredit foto: FMT
- BACA: BANGUNAN SELANGOR MANSION DAN BANGUNAN MALAYAN MANSION JADI LOKASI TERKINI ARAHAN PKPD
- BACA: MENARA ONE CITY, KL JADI LOKASI KE-3 PKPD
- BACA: PESALAH PKP AKAN DIDENDA RM1,000 SERTA-MERTA. BAYAR DALAM 14 HARI. TIADA DISKAUN
- BACA: MKN, KDN PERKENAL SOP BAHARU SELEPAS 14 APRIL. PERGERAKAN DI ZON HIJAU LEBIH LONGGAR