Buletin

TURUN LAGI 5 SEN. HARGA RON95 KINI RM1.25 SELITER. RON97 RM1.55 DAN DIESEL RM1.46 SELITER

Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 5 sen bagi tempoh 11 hingga 17 April 2020.

Dalam satu kenyataan media pada hari ini, Kementerian Kewangan menyatakan harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.30 seliter diturunkan kepada RM1.25 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara harga runcit bagi RON97 yang  sebelum ini RM1.60 seliter diturunkan kepada RM1.55 seliter.  

Bahan api diesel mencatat penurunan harga runcit paling banyak dengan 12 sen. Sekali gus menjadikan harganya kini RM1.46 seliter berbanding RM1.58 seliter minggu lalu. 

Harga baharu ini berkuatkuasa selama seminggu mulai 12.01 pagi Sabtu 11 April hingga 17 Arpril 2020 jam 11.59 malam.

Google ads
Back to top button