Motosikal

APA BEZA DUCATI SCRAMBLER 1100 SPORT DAN SPECIAL (+VIDEO)

Pada Julai tahun lalu, Next Bike Sdn. Bhd. (Next Bike) melengkapkan tawaran model Ducati Scrambler apabila memperkenalkan varian Ducati Scrambler 1100 Sport dan Special ke pasaran tempatan. 

Ini merupakan varian Ducati Scrambler yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Ducati. Scrambler merupakan antara mode terlaris Ducati apabila berjaya menjual lebih 46,000 unit di seluruh dunia sejak mula dilancarkan pada tahun 2015. 

Motosikal yang mampu menawarkan kualiti tunggangan agresif dan santai itu digerakkan oleh unit enjin L-Twin 1,079cc dengan ciri penyejukan udara. Mampu menjana kuasa mencecah 86hp dan tork 88.4Nm, ia dipadankan dengan otak gear enam kelajuan. 

Ducati Scrambler 1100 Sport dan Special yang mematuhi piawaian emisi Euro4 itu ditawarkan pada harga RM85,000 dan RM83,000 seunit. 

Jadi, apa perbezaan di antara kedua-dua model ini? Tonton rebiu ringkas di bawah: 


GALERI

Google ads
Back to top button