Buletin

FLORIDA – PENCURI JEEP KEMBALI UNTUK MENCARI TELEFON TERTINGGAL

Ketagihan penggunaan telefon pintar memang sudah semakin kronik. Tengok sahaja sewaktu berhenti di lampu isyarat, tua, muda, lelaki, perempuan, datuk, nenek tekan brek terus belek telefon. Mamat di Florida ni lagi sengal, dah la curi sebuah Jeep selepas tu balik pula ke tempat kejadian untuk ambil balik telefon yang tertinggal.

Itu dah kira melanggar peraturan asas pencuri bang. Mana boleh tunjuk muka balik di lokasi kejadian. Itu serah leher namanya.

Menurut laporan CBS4 Miami, mangsa dan tertuduh mempunyai dua versi cerita yang berbeza. Mangsa mengatakan yang langsung tidak mengenali tertuduh tetapi pernah melihat beliau berkeliaran di sekitar kawasan kejiranan tersebut.

Tertuduh pula mengatakan beliau terbangun dari tidur di dalam salah sebuah kereta di rumah mangsa tetapi tidak pasti sama ada di dalam Jeep tersebut ataupun sebuah lagi minivan yang berada di situ.

Sebaik terbangun beliau mengetuk pintu rumah tetapi tiada sesiapa di dalam menyebabkan beliau beredar dengan memandu Jeep tersebut. Hmm, ada ke polis nak percaya dengan cerita macam ni?

Sebaik menyedari telefon beliau hilang, pencuri sengal itu kembali ke rumah wanita tadi di mana pihak polis sedang mengambil kenyataan daripada pemilik. Beliau segera ditangkap dan didakwa kerana mencuri kereta selain dikenakan saman kerana memandu tanpa lesen. Kami pun tidak pasti sama ada telefon tersebut ditemui ataupun tidak. Harap-harap telefon tu mahal la, baru berbaloi kena tangkap.

Tags
Google ads
Back to top button