" "
Artikel Pilihan

APA IMPLIKASI GABUNGAN GRAB & UBER? PEMANDU GRAB INI KONGSI PENGALAMAN BELIAU

Minggu lepas syarikat ride hailing pertama di dunia, Uber telah ditamatkan perkhidmatannya di Asia Tenggara. Operasi Uber di Asia Tenggara secara rasminya ditamatkan menerusi penggabungan dua syarikat gergasi  Uber dan Grab.

Uber mendapat 27.5 peratus saham dalam Grab dan penggabungan ini diselesaikan secara berperingkat sehingga menjelang Mei nanti.

Selepas pengambilalihan majoriti saham Uber oleh Grab, pengguna kini mempunyai hanya satu pilihan e-hailing di pasaran. Jelas GRAB adalah satu-satunya pilihan yang tiada pesaingnya. Sebagai pengguna, sudah tentu kita khuatir dengan monopoli perniagaan sebegini.

Namun, apa yang lebih positif, pengguna mungkin tidak lagi berhadapan dengan masalah penawaran kerana gabungan dari kedua-dua syarikat ini sudah tentu berjaya mengghimpunkan sejumlah pemandu yang ramai.

BACA: MYCAR. PILIHAN TERBAIK SELEPAS GRAB

Secara teorinya juga, pemandu GRAB akan mendapat akses pelanggan yang lebih besar.

Tapi itu mungkin secara teori kerana walaupun kedua-dua mekanisme perniagaan syarikat ini nampak sama, mereka ada sistem yang berbeza.

Misalnya, Uber tidak membenarkan pemandu memilih destinasi, sementara GRAB pula boleh.

Dan apa yang berlaku selepas penggabungan ini?

Salah seorang pembaca kami, Adlin Ku Hanafiah berkongsi pandangan beliau tentang keadaan sebenar. Sila ikuti tulisan beliau dibawah


PING SENDU

Minggu ni tiada semangat nak buat kerja. Hilang entah kemana dengan membangau terlalu lama adakah ini satu pertanda?

Sejak GRAB dan UBER bergabung atau lebih tepat GRAB membeli UBER , rata rata sebelumnya menjangkakan ping akan lebih laju lebih meriah. Tetapi hakikatnya hari ini, ping jadi terlalu slow. apakah sebabnya?

Pandangan peribadi gua dalam hal ini adalah disebabkan lambakan pemandu e-hailing yang melebihi permintaan.

Ekonomi asas tingkatan empat mengajar kita tentang permintaan dan penawaran.

Gua masih ingat lagi cikgu ekonomi, En Keok. Dia memang anti dengan gua. Sebab gua ni akan tanya soalan berulang ulang, sampai dia panggil gua pekak. Kah kah kah!

Bayangkan sebiji kek dikongsi oleh ratusan ribu pemandu di lembah klang ini dalam satu applikasi e-hailing yang boleh gua gelarkan sebagai gergasi.

Bukan tiada applikasi e-hailing yang lain. kalau gergasi pun slow apatah lagi cendawan cendawan yang baru tumbuh selepas hujan.

Ini hanyalah pandangan peribadi gua, mungkin pandangan kita berbeza. anda boleh kongsikan pandangan anda di ruangan komen. kita boleh kupas dan berkongsi idea.

walau apapun, kehidupan mesti diteruskan, slow ke laju ker hari tetap berganti hari. gua doakan rakan rakan seperjuangan semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kayuhan demi nafkah keluarga tercinta.

bukan untuk kaya, cukuplah untuk meneruskan kehidupan harian dan sedikit simpanan untuk hari tua.

penat rehat
mengantuk tidur.

Google ads
Back to top button