
APA NAK BUAT KALAU SANGKUT DALAM JEM BILA BALIK KAMPUNG?
Anda dah merancang laluan balik dengan bagus, jadual perjalanan balik pun ada sudah atur supaya tidak bertembung dengan pengguna jalan raya yang lain. Tapi sebaik mana anda mengatur, kesesakan jalan raya adalah perkara yang memang tidak boleh dielakkan terutama ketika musim perayaan yang besar seprti sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
Jadi kami ingin berkongsi aktiviti yang anda boleh buat sekiranya anda tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang teruk, mungkin ia boleh mengurangkan perasaan bosan yang melanda. Antara aktiviti yang boleh dibuat termasuklah:
1. Membaca – kajian mendapati rakyat Malaysia mendapati purata rakyat Malaysia membaca sekitar 2 buah buku sahaja dalam setahun. Ya adalah sangat bagus jika anda boleh meluangkan masa untuk membawa buku dan membaca buku ketika kesesakan jalan raya berlaku.
Ya anda tidak akan terasa sangat jika anda perlu membuang masa dalam kesesakan jalan raya. pada masa ini juga anda mungkin boleh meluangkan masa untuk membaca Al-Quran dengan membawa naskhah al-quran yang kecil. Paling-paling tidak pun bawa surah yasin, hati pun tenang tuan-tuan
2. Layan Youtube – ya kami ada banyak video yang telah dihasilkan sepanjang kami berada di platform ini. Anda mungkin ketinggalan untuk menonton beberapa video lama kami, jadi ketika kesesakan jalan berlakua layan sahaja video Mekanika di SINI. Bayangkan dalam 2 jam tue, rasanya dah 20m video boleh khatam.
3. Bawa mainan untuk anak – orang dewasa mungkin boleh lagi bersabar dengan kesesakan jalan raya, tapi situasi ini mungkin tidak sama bagi anak-anak anda terutama yang terpaksa berada dalam kerusi bayi atau carseat.
Caranya mudah sahaja, bawa mainan, anak patung dan juga buku kegemaran mereka untuk mengalih perhatian mereka. Kalau tak anda perlu melayan soalan mereka setiap 5 minit “jauh lagi ke nak sampai?”
4. Bagi anak hiburan – kajian mendapati kanak-kanak yang terdedah dengan gajet atau tablet boleh mengganggu tumbesar mereka. Anda boleh beri mereka gajet, telefon pintar atau tablet untuk hiburan tapi hadkan masa kepada 30 minit sahaja. Lagi bagus kalau video tersebut dah disimpan dalam telefon pintar, mana tau anda tersangkut dalam hutan tanpa sambungan internet
5. Rehat- ya selepas 2 jam memandu ataupun tersangkut dalam jem, adalah lebih baik anda rehat seketika di mana-mana R&R, surau, masjid dan juga stesen petrol. Ini memberi peluang kepada anda untuk meregangkan badan seketika.
Nak lagi bagus, cari yang ada sediakan taman permainan kanak-kanak untuk anak anda bermain sekejap melepaskan geram mereka. Bila mereka dah penat, masuk kereta mesti tidur.
6. Bawa bekal – ingat anda pulang waktu musim perayaan dan kebanyakan restoran akan ditutup kerana bercuti termasuklah kedai tomyam kegemaran anda. Kalau ada kedai yag dibuka, ia akan diserbu oleh semua pengguna jalan raya yang lain seperti belalang juta
Bawa bekal makanan untuk berbuka puasa, sahur dan juga makanan ringan untuk anda hilangkan mengantuk. Bawa sekali bekalan air dan juga kopi untuk anda bertahan jika anda memandu pada waktu malam
7. Bawa air – ya selain air minuman, bawa sekali bekalan air paip dalam 2 botol untuk tujuan kecamasan dan juga membasuh tangan sekiranya anda berbuka di tepi jalan dan tiada tempat untuk mencuci. Lagi bagus kalau anda bawa sekali tisu kering, plastik sampah dan tisu basah untuk mencuci termasuklah mencuci anak anda yang menggunakan lampin pakai buang.
8. Pastikan kereta OK – ya paling utama pastikan sistem penyaman udara dan sistem penyejukan enjin anda beroperasi dengan cekap dan efisyen. Bayangkan anda tersangkut dalam jem pada waktu tengari dan penyaman udara kereta bermasalah. Memang berkicap anda basah dengan peluh selain teruk kene berleter dengan bini
Kesesakan jalan raya juga akan membebankan sistem penyejukan enjin, menjadikan enjin semakin panas disebabkan tiada angin yang masuk untuk menyejukkan ruang enjin melainkan dipaksa masuk oleh kipas. Periksa dan tambah cecair penyejuk enjin jika perlu dan lebih baik bawa bekal cecair penyejuk sewaktu pulang
9. Tempah hotel – ya sekiranya jalan sesak teruk, lebih baik anda berehat di mana-mana hotel yang berdekatan. Tak kisah la hotel murah pun, asal dapat baring lagi bagus dari menghadap jem pukul 3 4 pagi. Jadi, sebelum memulakan perjalanan cek dulu mana-mana hotel yang sesuai untuk anda sekeluarga berehat jika jem bertambah teruk

