Buletin

CRAIG BREEN MENINGGAL DUNIA AKIBAT TERLIBAT DALAM NAHAS UJIAN CROATIA RALLY

Sukan rali dunia dikejutkan dengan berita kematian pemandu pasukan Hyundai Shell Mobis, Craig Breen setelah terlibat dalam kemalangan ketika menjalani ujian pra perlumbaan Croatia Rally tengahari 13 April 2023.

Pemandu jentera ketiga Hyundai i20 N Rally1 yang berasal dari Ireland itu meninggal setelah mengalami kecederaan parah ketika menjalani ujian persendirin bersama pasukan Hyundai sebagai persediaan menghadapi Croatia Rally pada minggu hadapan. Walau bagaimana pun, Juruarah James Fulton terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Berikut merupakan beberapa fakta menarik tentang Craig Breen.

  • Craig Breen telah dilahirkan di Waterford, Ireland pada 2 Februari 1990.
  • Walau pun bergelar pemandu rali, Craig Breen terlebih dahulu berjinak dengan sukan Kart pada tahun 1999 sehinggalah pada tahun 2007, apabila beliau turut terlibat dalam sukan rali buat kali pertama.
  • Pada tahun 2009, barulah Craig Breen mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap sukan rali apabila menyertai Irish, British and International Fiesta Sporting Trophies dan memenanginya.
  • Craig Breen pernah memenangi Fiesta Sport Trophy International Shootout  dan ditawarkan kontrak bersama pasukan M-Sport dan menerima anugerah Young Irish Rally Driver of the Year.
  • Pembabitan beliau ke WRC apabila menyertai WRC Academy dengan memandu Ford Fiesta R2 sekali gus bergelar juara bagi WRC Academy Cup.
  • Setelah beberapa tahun menghabiskan masa dalam saingan S-WRC dan juga ERC, rezeki memihak kepada beliau apabila ditawarkan untuk berlumba secara separuh masa bersama pasukan Citroën World Rally Team dengan memandu jentera Citroen DS3 WRC. Beliau sempat berlumba di Sweden, Poland, Finland, China, Perancis, Sepanyol dan juga Britain. Keputusan terbaik yang diperoleh ketika di Finland dengan menduduki podium ketiga.
  • Namun rezeki beliau hanyalah sekadar pemandu separuh masa sahaja selama beberapa tahun bersama pasukan Hyundai (2019 – 2021) sebelum ditawarkan sebagai pemandu utama untuk pasukan M-Sport Ford pada tahun 2022.
  • Dan untuk tahun 2023, beliau kembali semula ke pasukan Hyundai, juga sebagai pemandu separuh masa. Kali pertama dan terakhir beliau berlumba tahun ini adalah ketika di Rally Sweden dengan beliau berjaya menaiki podium kedua.
  • Pada tengahari 13 April 2023, beliau meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat jentera Hyundai i20 N Rally1 yang dipandu terlibat dengan kemalangan dengan lubang yang mengakibatkan jentera mengalami kerosakan teruk di bahagian kiri (bahagian pemandu.

BACA : CRAIG BREEN SAHIH BERTUKAR KE PASUKAN M-SPORT FORD

BACA : WRC 2023 – KEMENANGAN DRAMATIK OTT TANAK DI RALLY SWEDEN

Google ads

B K

Back to top button