
TOYOTA BIKIN GR SUPRA EDISI KHAS SEMPENA ULANG TAHUN KE-35. PEMBELI DIPILIH IKUT CABUTAN
Toyota Gazoo Racing (TGR) akan membangunkan model Supra edisi khas sempena sambutan ulang tahun ke-35 jentera sport terbabit.
Jentera GR Supra 35th Anniversary Edition itu akan dibangunkan sebanyak 35 unit sahaja dan tempahan dibuka kepada para pelanggan Jepun.
Ia dibangunkan berasaskan model RZ (3.0-liter) atau SZ-R (2.0-liter).
Supra SZ-R 35th Anniversary dijual pada harga bermula ¥6,535,000 (RM250,122) manakala Supra RZ 35th Anniversary Edition pula berharga ¥7,835,000 (RM299,878).

Menurut Toyota, para pelanggan Jepun terlebih dahulu perlu mendaftar melalui platform online bermula 6 Ogos hingga 31 bulan ini.
Pengeluar Jepun itu menambah, pihaknya akan memilih sebanyak 35 permohonan secara rambang pada 7 September sebelum pembelian dimuktamadkan.
Toyota mendedahkan GR Supra RZ 35th Anniversary Edition akan ditawarkan dengan pilihan warna kelabu metalik (Matte Storm Gray) dipadankan kerusi kulit asli berwarna merah.

Versi SZ-R 35th Anniversary Edition pula dilengkapi brek sport dengan kaliper merah, pelindung cermin sisi berwarna hitam matte, kerusi kemasan kulit Alcantara juga berwarna merah dan pedal sport.
Kedua-dua versi hadir dengan rim aluminium saiz 19 inci berwarna hitam matte dan bahagian papan pemuka kemasan gentian karbon dengan ukiran 35th Anniversary. –carscoops
- BACA: BEKALAN TOYOTA SUPRA A90 2.0L TIDAK CUKUP. INI SEBABNYA…
- BACA: TOYOTA SUPRA LEGEND FAST AND FURIOUS CATAT REKOD. DIJUAL PADA HARGA RM2.3 JUTA!!!
- BACA: TOYOTA SUPRA DENGAN 950 KUASA KUDA, LAGI LAJU DARI BUGGATI CHIRON
- BACA: KERETA YANG DIKALAHKAN OLEH TOYOTA SUPRA
GALERI: