Artikel Pilihan

VOLVO BAHARU AKAN DILENGKAPI DENGAN SISTEM AMARAN KEMALANGAN – MAKIN HARI MAKIN CANGGIH NI

Sebut nama Volvo hampir semua orang tahu yang mereka adalah pengeluar kenderaan paling selamat di dunia. Tengoklah siapa yang cipta tali pinggang keledar keselamatan tu. Kini mereka muncul lagi dengan inovasi baharu yang dinamakan ‘Accident Ahead Alert’.

Sistem ini menggunakan data trafik dari pusat kawalan untuk meberi amaran kepada pemandu tentang kemalangan yang berlaku beberapa ratus meter di hadapan mereka.

Macam pernah dengar ke sistem macam ni? Tentulah sebab Googe Map pun ada fungsi macam ni pada telefon pintar anda. Kelebihan Volvo pula ialah mereka mengintegrasikan sistem ini terus ke dalam kereta mereka jadi anda tak perlu ‘menyangkut’ telefon anda dicermin hadapan ataupun pada papan pemuka. Serabut la papan pemuka lawa-lawa bertampal dengan pemegang telefon kedai RM2.50.

Sistem ini menggunakan sistem storan cloud Volvo Cars yang membolehkan kereta yang dipandu berkomunikasi dengan kereta lain yang mempunyai sistem yang sama dan membolehkan pemandu mendapat amaran awalan tentang keadaan jalan ataupun situasi berbahaya di hadapan mereka.

Volvo bercadang untuk mengintegrasikan lebih banyak data trafik dengan Euripean Data for Road Safety termasuklah dari pusat kawalan trafik serantau dan kereta-kereta dari jenama lain. “X50 saya pun mesti boleh kan sebab kereta saya ada teknologi Volvo” kata Cikgu Nik Yah dari Kuala Balah. “Boleh-boleh apa tak boleh pulak” (sambil buat-buat jawab panggilan penting).

Sistem Accident Ahead Alert boleh dipasang pada semua Volvo siri 40, 60 dan 90 yang diproduksi di Denmark dari tahun 2016 ke atas. Sistem sama bakal ditawarkan pada model-model pasaran Eropah sedikit masa lagi.

Pemilik boleh mengaktifkan sistem ini menggunakan pilihan ‘connected safety’ pada skrin infotainment untuk membenarkan perkongsian data. Jika kemalangan dikesan di hadapan, lampu hazard akan berkelip dan paparan amaran akan tertera pada kluster instrument dan paparan head-up.

Canggih betul teknologi sekarang. Dah macam pesawat pejuang pun ada. Boleh tak kami cadang tambahkan lagi satu fungsi supaya kenderaan kekal bergerak dengan pemanduan automatik jika terserempak dengan kemalangan supaya pemandu dan penumpang tidak berpeluang merakam gambar dan video sampai jem teruk.

Google ads
Back to top button