Motosikal

APRILIA SR GT 200 BAKAL DILANCARKAN DI MALAYSIA. HARGA RM20K? 

Para peminat skuter di Malaysia akan dihidangkan dengan sebuah jentera baharu apabila Aprilia SR GT 200 dilapor bakal dilancarkan tidak lama lagi. 

Perkembangan itu dikatakan sah selepas laman Facebook Moto Guzzi & Aprilia Penang membuka tempahan untuk model Aprilia SR GT 200. “Urban Urban Adventure Scooter. 2022 Newly Launched.  174cc. 17.4 hp. 16.5Nm. Agile, dynamic and delivering great performance in all conditions,” tulisnya. 

Di pasaran antarabangsa, skuter adventure tersebut didatangkan dalam dua pilihan enjin iaitu 125cc dan 200cc. Terbaharu, ia dilancarkan di pasaran Jepun pada harga bermula RM19,000 seunit. 

Aprilia SR GT 200 yang dijangka bersaing secara langsung dengan model Honda ADV150 itu dikuasakan oleh enjin 174cc. Ia mampu menjana kuasa sekitar 17.43hp pada ,500rpm dan tork 16.5Nm pada 7,000rpm.

Skuter tersebut hadir dengan pelbagai ciri menarik seperti kluster instrumen LCD digital sepenuhnya, butang enjin Start/Stop, tangki minyak berkapasiti 9 liter, fork teleskopik Showa 33mm di depan, twin shock Showa di belakang, cakera jenis kelopak bersaiz 260mm (depan) 220mm di belakang. 

Melihat kepada beberapa komen yang ditinggalkan, ramai bertanyakan berapakah harganya. Tidak menyatakan dengan jelas, admin Facebook Moto Guzzi & Aprilia Penang sebaliknya meminta pelanggan yang berminat supaya menghantar whatsapp ke nombor untuk mendapatkan tawaran istimewa RSVP. 

Saya menjangkakan harga Aprilia SR GT 200 sekitar RM20,000 seunit. Betul ke? Sama-sama kita tunggu. Ramai yang dah tak sabar ni! 

Google ads
Back to top button