Artikel Pilihan

ASAL USUL DAN MAKSUD LOGO PORSCHE – MANA TAHU ESOK MAMPU BELI GT3 RS

Porsche merupakan pengeluar kereta sport prestasi tinggi yang sudah wujud seawal tahun 1931. Ia masih mengekalkan nama akhir pengasasnya iaitu Ferdinand Porsche. Logo berbentuk lencana pula dikatakan diubahsuai dari mohor keluarga yang diubahsuai oleh anak Ferdinand iaitu Ferry Porsche.

Sebenarnya logo Porsche ini lebih kepada lencana dan bukannya jata keluarga. Di Malaysia mana ada mohor keluarga untuk orang biasa tetapi di Eropah satu ketika dahulu golongan bangsawan terutamanya memang mempunyai jata keluarga mereka sendiri. Cuma logo Porsche ini bukannya mohor keluarga beliau tetapi dihasilkan khusus untuk jenama mereka; Porsche.

Timbul kekeliruan kerana kebanyakan jata keluarga memang berbentuk perisai seperti logo Porsche. Malah ramai kesatria Eropah satu ketika dahulu memang mewarnakan perisai mereka dengan corak mohor keluarga mereka.

Kebanyakan logo perisai ini dibahagikan kepada empat bahagian jadi ia boleh diisi dengan gambar haiwan ataupun symbol yang mewakili nenek moyang mereka.

Paling ketara pada logo Porsche semestinya imej seekor kuda berwarna hitam. Ia sebenarnya diambil daripada mohor bandar Stuttgart, Jerman yang merupakan tempat asal Porsche.

Menurut lagenda, Ferry Porsche sedang bermesyuarat bersama pengedar kereta terkemuka ketika itu Max Hoffman semasa beliau melakar logo Porsche. Porsche pada masa itu memang dihasilkan di Stuttgart. Malah bandar itu sendiri kaya dengan tradisi pembiakan kuda dan mempunyai imej kuda berwarna hitam pada mohornya.

Menariknya logo Ferrari turut mempunyai kuda berwarna hitam dengan latar belakang perisai berwarna kuning. Cuma kuda Ferrari diinspirasikan dari liveri pesawat pejuang yang dilihat Enzo Ferrari pada Perang Dunia Pertama.

Selain imej kuda berwarna hitam, logo Porsche turut menampilkan perkataan STUTTGART yang memang korang tahu sendirilah. Sebuah bandar tempat Porsche dihasilkan pada peringkat awal dan ibu pejabat Porsche.

Selain imej kuda hitam, logo Porsche turut menampilkan jaluran berwarna merah dan corak tanduk rusa berwarna hitam. Tanduk rusa tu ya anak-anak bukan corak tulang ikan. Kesemuanya mewakili bandar Stuttgart yang menempatkan ibu pejabat Porsche.

Bukan itu sahaja, jalur berwarna merah hitam juga diambil daripada mohor Wurttemberg, sebuah negeri di Jerman yang ibukotanya memang bandar Stuttgart. Setelah sekian lama bahagian pemasaran Porsche sentiasa mengubahsuai logo tersebut dan warna merah ditukar kepada warna emas dan digandingkan dengan warna hitam untuk menyerlahkan lagi perkataan Porsche.

Jadi walaupun logo Porsche ini memang dihasilkan untuk syarikat mereka, ramai peminat dari seluruh dunia menyangkakan yang ianya adalah mohor keluarga Porsche yang berasal dari Jerman. Tak kisahlah kan, janji tengok sahaja logo berbentuk perisai ini semua orang tahu yang ianya adalah sebuah model sports ternama dari Jerman.

Google ads
Back to top button