Buletin

WRC 2023 – SEBASTIAN OGIER MENANG BUAT KALI KESEMBILAN DI MONTE CARLO

Pusingan pertama perlumbaan pembukaan FIA World Rally Championship (WRC) musim 2023 telah pun membuka tirai dengan seperti biasa Rallye Monte-Carlo menjadi venue. Ternyata pemandu lagenda, Sebastian Ogier unggul untuk memenangi perlumbaan di Rallye Monte-Carlo.

Pemandu lagenda Sebatian Ogier yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 ternyata cukup unggul apabila berjaya memenangi perlumbaa buat kali kesembilan sekali gus mencipta rekod yang tersendiri. Sebastian Ogier mula menunjukkan pemanduan yang cukup kelas ketika di awal saingan ketika di awal saingan pada sebelah malam apabila berjaya mendahului rakan sepasukan Elfyn Evans dengan hanya perbezaan 6.0 saat sahaja.

Berlumba di Monte Carlo sebenarnya agak ironi buat sang lagenda, apatah lagi beliau sememangnya dilahir dan dibesarkan di kawasan Hautes – Alpes ini. Pastinya perasaan yang tenang dan mudah buat beliau untuk menguasai perlumbaan di sini.

Sementara itu, di posisi kedua keseluruhan menjadi milik rakan sepasukan Kalle Rovanpera yang ketinggalan 16 saat di belakang Sebastian Ogier. Sungguh pun demikian, Juara WRC ini berjaya memenangi Wolf Power Stage sekali gus menambah lagi lima mata bonus untuk dikutipnya, Sudah pasti ianya suatu perlumbaan yang agak baik buat beliau. Dan paling penting juga buat pasukan Toyota Gazoo Racing apabila kemenangan 1-2 ini memastikan mereka mengutip mata maksimum di awal saingan.

Tempat ketiga pula menjadi milik Thierry Neuville yang mengalami sedikit kesukaran dengan tayar yang dipilih. Pemandu Belgium ini berjaya meninggalkan Elfyn Evans yang berada di belakang beliau dengan kelebihan 27.8 saat. Elfyn Evans sebetulnya mengalami masalah tayar pancit ketika saingan hari Jumaat yang mengakibatkan beliau kehilangan masa 40 saat. Jika tidak, pasti kemenangan 1-2-3 menjadi milik pasukan Toyota,

Sementara itu, bekas Juara WRC, Ott Tanak yang memandu pertama kali jentera Ford Puma Rally1 pula akur untuk berada di kelima keseluruhan. Namun beliau hampir sahaja memenangi perlumbaan Power Wolf Stage setelah ketinggalan sedikit sahaja di belakang Kalle Rovanpera. Namun Ott Tanak ternyata berpuas hati dengan prestasi beliau buat pertama kali ini apatah lagi berjaya memungut mata tambahan.

Perlumbaan berikutnya bakal berlangsung di Sweden pada 9 – 12 Februari dengan laluan bersalji bakal menjadi halangan buat para pemandu.

BACA : WRC 2023 – APA YANG BOLEH KITA JANGKAKAN UNTUK MUSIM BAHARU INI?

BACA : FORD PUMA RALLY1 2023 DIDEDAHKAN

Google ads

B K

Back to top button