
ASTON MARTIN DB12 S – SUPER TOURER YANG LEBIH LAJU DAN MEWAH
Aston Martin telah mengumumkan kehadiran model Aston Martin DB12 S baharu, yang pastinya akan menjadi suatu penanda aras baharu untuk model DB12 ini yang memberikan penumpuan terhadap prestasi yang optimum brsama perubahan luaran yang menarik dan peningkatan dalaman yang meluas sekali gus memberikan DB12 S ialah kemuncak baharu Super Tourer.
Aston Martin DB12 S ini akan menyertai model DBX S dan Vantage S yang terbaharu selaku model yang telah diberikan lencana S yang melambangkan model berprestasi tinggi bagi setiap model standard yang dikeluarkan Aston Martin.

Untuk rekod, beberapa model yang turut diberikan lencana S ini adalah model Aston Martin Vanquish S generasi pertama dan kedua – masing-masing dilancarkan pada 2004 dan 2016 – model V8 dan V12 Vantage S yang diperkenalkan pada 2011 dan 2013, dan Rapide S pada tahun 2013.
Nadi untuk Aston Martin DB12 S adalah versi yang lebih handal dengan menggunakan enjinAston Martin 4.0-Litre Twin-Turbo V8. Output untuk enjiin ini menghasilkan sehingga 700PS @ 6000rpm – peningkatan sebanyak 20PS – dan 800Nm yang dihasilkan di antara 3000 dan 6000rpm. Model ini menawarkan tindak balas yang lebih berkuasa, pecutan tanpa henti dengan kelajuan tertinggi boleh mencecah sehingga 325 km/j.

Diantara kerja tingkat taraf yang diberikan termasuklah sistem ekzos titanium baharu meliputi empat corong ekzos yang menghasilkan bunyi yang lebih garang. Malah paling penting, ianya berjaya mengurangkan berat sehingga 11.7 kg berbanding sistem ekzos sistem keluli tahan karat.
Sistem kawalan pelancaran juga telah dioptimumkan dengan mengurangkan masa peralihan gear bagi membolehkan model ini mencatakan masa pecutan hanya 3.4 saat, lebih cepat 0.1 saat dari titik pegun ke kelajuan 60 mph.
Sistem brek turut diberikan tumpuan dengan penggunaan Carbon Ceramic Brakes (CCB) yang terbukti lebih ringan dan lebih cepat untuk memperlahankan kereta.

Penampilan luaran juga diberikan penekanan dengan pemadanan splitter di bahagian hadapan untuk aliran udara yang lebih baik,diffuser belakang, rekaan bonet louvres baharu serta penggunaan bonet daripada bahan gentian karbon.
Bahagian dalamnya menampilkan tempat duduk yang dibalut dengan kemasan Alcantara serta stereng dengan fungsi pemanasan.
Aston Martin DB12 S ini dijangka berada di pasaran pada suku pertama 2026 nanti.
BACA : ASTON MARTIN DB12 TAMPIL LEBIH POWER – V8 4.0 LITER TURBO, JANA KUASA 671HP

