Buletin

ASTON MARTIN RACING UMUM SENARAI BARISAN PEMANDU KERJA UNTUK MEREKA MUSIM INI

Aston Martin Racing telah menambah senarai barisan pemandu termasuklah Christian Krogne selaku juara pemandu dari Norway bagi kempen perlumbaan bermula 2025. Pemenang Spa 24 Jam 2018 akan bertanding di GT World Challenge Europe yang dikuasakan oleh AWS (GTWC Europe) dalam Endurance Cup, bersama rakan sepasukan kerja baharu David Pittard (GBR) dan Henrique Chaves (POR), dalam kelas Pro Walkenhorst Motorsport #34 Vantage GT3.

Christian Krogne, 34 tahun yang mempunyai reputasi handal termasuklah gelaran keseluruhan Nürburgring Langstrecken Series (NLS) yang berpangkalan di Nordschleife pada 2012 dan juga pemegang rekod pusingan rasmi GT3 untuk NLS litar yang menakutkan itu sejak 2022. Beliau juga sudah lama berkhidmat untuk Walkenhorst Motorsport, dan akan menyertai pasukan itu dalam kelas SP9 untuk Nürburgs 24 Hours pada Jun nanti.

Christian Krogne yang bermula sebagai pemandu go-kart sebelumnya dan beralih ke siri perlumbaan yang lebih besar telah membina kerjayanya terutamanya di sekitar perlumbaan membabitkan tahan lasak berasaskan Nürburgring, menyifatkan menjadi sebahagian daripada barisan pemandu kerja  untukAMR sebagai Impian menjadi nyata

“Menyertai pasukan Aston Martin sentiasa menjadi impian zaman kanak-kanak saya,” kata beliau. “Sekarang saya tidak sabar untuk menyahut cabaran di hadapan bersama rakan sepasukan saya yang hebat di Walkenhorst Motorsport bersama jentera Aston Martin Vantage GT3 yang menakjubkan. Saya sentiasa mengagumi warisan jenama dan saya sangat berbangga untuk mewakili pengeluar ikonik seperti itu. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada AMR kerana meletakkan kepercayaannya kepada saya serta semua orang yang telah menyokong saya selama ini dalam perjalanan ini. Saya tidak sabar menunggu musim bermula.”.

Christian Krogne akan menyertai barisan pemandu kerja AMR yang paling kuat pernah ada, meliputi bekas juara FIA World Endurance Championship (WEC) GT Marco Sørensen (DEN) dan Thiim kedua-duanya kembali dengan pelbagai program, manakala pemenang Spa 24 Jam Mattia Drudi (ITA) akan bersaing di WEC, GTWC Europe dan IMSA WeatherTech SportsCar Championship (IMSA). Chaves, juara Pro-Am GTWC Europe 2021 dan pemenang gelaran Terbuka GT Antarabangsa 2020, dan Pittard – pemenang 24 Jam Nürburgring 2023 – bertanding di GTWC Europe.

 Juara Piala Le Mans 2023 dan pemenang Akademi AMR 2020 Valentin Hasse Clot (FRA) akan menyertai program di WEC, IMSA dan Siri Le Mans Eropah (ELMS). Jonny Adam (GBR), pemandu Kejuaraan GT British yang paling berjaya sepanjang zaman, manakala Darren Turner – pemandu kerja paling lama untuk AMR akan memulakan musim ke-21nya dengan bersaing di  The Heart of Racing (THOR) dalam GT World Challenge America.

Malah AMR turut menyenaraikan pemandu muda dari AMR Driver Academy Jamie Day untuk menyertai perlumbaan GTWC Europe Endurance Cup bersama dengan memandu Aston Martin Vantage GT3.

BACA : ASTON MARTIN DBX707 AMR24 EDITION – EDISI KHAS BERSEMPENA DENGAN JENTERA F1 MUSIM INI

BACA : ASTON MARTIN DBX707 AMR23 EDITION – INGATKAN MEDICAL F1

Google ads

B K

"
"
Back to top button