
ASTON MARTIN V8 VANTAGE DAPAT ‘HADIAH’ IKAN MATI DI CERMIN HADAPAN
Sebuah jentera Aston Martin V8 Vantage terpaksa menerima ‘hadiah’ ikan mati berikutan pemiliknya parkir sesuka hati di petak khas disediakan untuk para nelayan di Devon, Britain.
Disebabkan petak parkir itu tidak dibenarkan untuk kegunaan orang awam dan pemilik kenderaan berdegil membuatkan penduduk setempat ‘menghukum’ dengan cara tersendiri.
Ikan mati telah diletakkan di cermin hadapan jentera terbabit malah di bahagian belakang pula tong seberat setengah tan menanti pemilik Aston Martin V8 Vantage itu.
Menurut media tempatan, kereta berkenaan telah disaman oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, dia masih tidak mengendahkan bahawa ruang parkir tersebut dikhususkan untuk para nelayan.
Pemilik kereta telah membiarkan selama beberapa hari walaupun mendapat tiket saman sehingga ‘dihukum’ penduduk setempat dengan ikan mati membuatkan dia berubah fikiran dan mengosongkan parkir dengan kadar segera. – carscoops.
- BACA: ASTON MARTIN DB5 JUNIOR. TERHAD 1,059 UNIT, LAGI MAHAL DARIPADA CIVIC KETAM
- BACA: NO TIME TO DIE JADI FILEM TERAKHIR JAMES BOND GUNA KERETA ASTON MARTIN
- BACA: DAVID BECKHAM PERNAH MILIKI ASTON MARTIN INI, PEMILIK BAHARU DICARI – RM2.35 JUTA!
- BACA: ASTON MARTIN VANQUISH REMUK. PEMANDU WANITA TINGGALKAN KERETA DAN PEMILIK





