Buletin

DAVID BECKHAM PERNAH MILIKI ASTON MARTIN INI, PEMILIK BAHARU DICARI – RM2.35 JUTA!

Ini adalah Aston Martin AMV8 Volante yang ekstra istimewa kerana pernah dimiliki ikon bola sepak terkenal David Beckham. Kepada yang  ingin memiliki kereta istimewa dengan pemilik terkenal, AMV8 Volante ini diiklan untuk jualan di laman web kereta baharu dan terpakai  AutoTrader.

Kereta vintaj ini didatangkan dalam warna deep red dengan interior kullit berwarna krim, karpet tebal dan enjin istimewa 5.3 liter X Pack yang dipadan bersama transmisi lima kelajuan manual.

Enjin tersebut mempunyai status istimewa di kalangan peminat Aston Martin.

Enjin X Pack adalah versi terakhir dan berprestasi untuk V8 Vantage dengan kuasa tinggi yang menjadikannya satu daripada kereta paling berkuasa pada eranya.

Di antara perbezaan ialah ekzos dengan bunyi lebih kuat supaya setara dengan penampilan Vantage itu sendiri.

Dari segi prestasi, kereta ini menghamburkan 432hp dengan pecutan dari 0 hingga 97km/j (60 bsj) dalam masa 5.2 saat dan kelajuan maksimum mencecah 270 km/j.

Di bawah pemilikan David Beckham, Volante V8 ini didaftarkan dengan nombor pendaftaran DB1001 dan ia satu daripada 78 unit. Beliau memilikinya selama 15 tahun sebelum dijual pada 2018.

Volante V8 tahun 1988 ini ternyata istimewa buat David Beckham apabila beliau menghantarnya ke Madrid semasa bermain untuk kelab bola sepak di sana.

Selain didatangkan dengan pakej X-Pack, kereta ini menggunakan roda asal Ronal dengan nut yang disimpan di sebalik penutup. Jarak pemanduan pula hanya 61,316 kilometer.

Kereta itu berada dalam keadaan sangat baik dan pernah dibawa untuk tontonan orang ramai pada Pameran Kereta Klasik London Februari lalu sebelum tempoh berkurung.

Berapakah harga yang ditawarkan kepada yang berkenan? £445,000 atau bersamaan RM2,350,361.

Bukan selalu untuk menemui kereta begini. Model istimewa, spesifikasi istimewa dan pernah dimiliki oleh personaliti bola sepak.

Gabungan ciri tersebut pastinya mempunyai nilai tinggi.

BACA: MOTOSIKAL TURBO 180 HP! AMB 001 DARIPADA ASTON MARTIN DAN BROUGH SUPERIOR

BACA: ASTON MARTIN HASILKAN HELIKOPTER MEWAH DENGAN KERJASAMA AIRBUS

BACA: ASTON MARTIN DBS SUPERLEGGERA SUDAH TIBA DI MALAYSIA – RM2.88 JUTA SEUNIT

Google ads
Back to top button