Buletin

AIRASIA TAWAR TAMBANG SERENDAH RM39 SEMPENA HARI MALAYSIA

Sempena sambutan Hari Malaysia, AirAsia menawarkan tambang rendah istimewa bermula RM39.

Tawaran ini hanya untuk kepada rakyat Malaysia.

”Nikmati tambang serendah RM39 sehala dari Kuala Lumpur ke Terengganu atau RM99 sehala dari Johor Bahru ke Sibu di laman airasia.com atau di aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini sehingga 16 September 2020 untuk tempoh perjalanan antara 15 September 2020 dan 28 April 2021,” kata AirAsia.

Ketua Komersial AirAsia, Amanda Woo berkata, syarikat penerbangan itu juga akan mengendalikan penerbangan antara Kota Kinabalu dan Sibu dari 15 hingga 17 September sempena sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Sibu.

Katanya, selain daripada 25 penerbangan mingguan ke Sibu dari Kuala Lumpur, 35 penerbangan mingguan ke Kuching dan tujuh penerbangan mingguan ke Johor Bahru.

Google ads
Back to top button