
ATOK RUSSEL SWIFT NI RUPANYA PEMANDU PROFESSIONAL
Russel Swift atau Russ Swift dilahirkan pada tahun 1951, menjadikan usia beliau pada tahun ini ialah 72 tahun. Jika kebanyakan warga emas memilih untuk lepak di kedai kopi, Russ Swift kekal bertenaga dan masih boleh memandu lagak ngeri dengan ketepatan yang luar biasa.
Minat Russ terhadap dunia permotoran bermula apabila ayahnya kerap membawa Russ menaiki motor scrambler ketika masih kecil. Namun apabila meningkat dewasa, Russ semakin gemar memandu dan menyertai pertandingan rally yang dianjurkan oleh kelab kenderaan
Keadaan ini membenarkan Russ menghasilkan satu gerakan dalam mengundur dengan menggunakan brek tangan (J-turn). Bakatnya disedari oleh pasukan Rothmans, meminta Russ menghiburkan aksi lagak ngerinya ketika acara rally berlangsung
Daripada hanya J-Turn, Russ menjadikan pemanduannya lebih kompleks dengan gabungan beberapa aksi lagak ngeri dan pemanduan tepat, diiringi dengan bunyi muzik bagi menjadikan persembahan ini lebih menarik.
Tapi yang menjadikan Russ Swift popular ialah khidmatnya digunakan dalam menjayakan kempen Austin Montego pada tahun 1987 untuk iklan di television. Walaupun namanya tidak diberi kredit dan mukanya tidak ditunjukkan, iklan ini menjadikan Russ Swift semakin popular
Malah dalam satu wawancara pada tahun 2010, Russ menyatakan dia pernah membuat persembahan dengan menggunakan jentera Proton pada tahun 1989 sebagai sebahagian acara untuk mempromosikan Malasia dalam kempen Tour of Malaysia.
Russ kemudian menerima pelawaan untuk aksi pemanduan ketika acara Motor Show, iklan, pelancaran kenderaan baru dan juga lain-lain aktiviti pelancaran. Selain daripada menggunakan Mini Cooper dan Mitsubishi Lancer Evolution, Russ turut menggunakan Peugeot, Vauxhall, Nissan, MG, Land Rover dan juga Subaru
Namun untuk jenama Subaru, hubungan Russ dengan jenama ini bermula hampir 20 tahun yang lepas apabila Subaru melalui Motor Image menjemput Russ untuk melakukan aksi stunt dengan kenderaan Subaru mulai tahun 2002.
Pada tahun 2006, sebuah syarikat automotif menjemput Russ ke Manila bagi melakukan aksi stunt ketika Motorshow, namun gagal memenuhi semua kehendak teknikal yang diminta oleh Russ. Subaru pada ketika itu tampil dan memenuhi semua kehendak spesifikasi yang diperlukan oleh Russ
Antaranya ialah locking differential dan juga brek tangan dibekalkan oleh Subaru bagi membolehkan Russ untuk menunjukkan aksi pemanduannya dan sudah tentu dengan kenderaan Subaru. Hubungan yang rapat antara Subaru dan Russ menyaksikan Russ kekal memandu untuk Subaru di Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan juga Singapura

