Buletin

AUDI BERI KEUTAMAAN KEPADA REKA BENTUK DALAMAN, FOKUS KEPADA KEPERLUAN MANUSIA

Audi mendedahkan bahawa ia akan memberi keutamaan kepada reka bentuk dalaman untuk model-model masa depan.

Perkara tersebut didedahkan oleh bos reka bentuk Audi, Marc Lichte sewaktu majlis pelancaran Konsep Audi Activesphere.

“Dahulu, prosesnya ialah pada enjin atau platfrom pembakaran, seterusnya ke strategi jualan, pemasaran, kemudian akan memutuskan reka bentuk luaran, akhir sekali reka bentuk dalaman.

“Tetapi, pada masa akan datang, proses akan berlaku sebaliknya. Ketua reka bentk UI/UX, Sid Odedra bakal mengetuai untuk mereka bentuk bahagian dalaman pada kenderaan baharu,” katanya.

Menurut Sid Odedra, reka bentuk dalaman akan datang memberi fokus kepada keperluan manusia.

“Kami mulakan dengan apakah keperluan manusia? Apa yang pengguna perlukan? Setelah itu barulah kami mula mereka bentuk bahagian dalaman. Ini bagi memberi keterhubungan di antara penggunna dan kenderaan. Akhir sekali, kami akan mereka bentuk bahagian luaran,” jelas Odedra.

Mengenai Activesphere baharu, ia akan tertumpu pada aspek off-road dan mempunyai bahagian dalaman yang sangat menarik.

Dilengkapi empat tempat duduk seperti kerusi santai dengan perehat tangan, Activesphere juga mempunyai papan pemuka yang boleh berpusing, selain terdapat empat mixed-reality headsets yang disimpan di bahagian atas.

Melihat pada konsep dalaman Activesphere, kita semuanya patut teruja dengan bahagian dalaman kenderaan Audi pada masa akan datang.

Google ads
Back to top button