Buletin

AUDI SQ7 2025 – SUV KELUARGA TUJUH TEMPAT DUDUK DENGAN 500 KUASA KUDA!

Model SUV Audi Q7 ini secara asasnya sudah pun kelihatan cukup garang bergaya untuk bergelar sebuah model SUV keluarga yang turut ditawarkan dengan tiga barisan tempat duduk.

Tetapi apabila model standard ini diberikan penambahbaikkan dengan diberikan lencena SQ7, ianya sudah lebih memadai untuk dijadikan sebagai kenderaan harian bagi ketua keluarga apatah lagi ianya mewarisi segala kelebihan yang ada pada model standard Q7.

Kemas kini yang diberikan termasuklah pada fasia hadapan dan belakang yang disegarkan dengan rekaan gril baharu yang direka semula, lampu hadapan yang lebih tinggi dan juga rekaan lampu DRL LED yang baharu. Juga terdapat spoiler di bahagian bawa hadapan baharu dan salur masuk udara berbingkai warna turut disediakan.

Bahagian belakang turut menampilan rekaan diffuser baharu dan lampu belakang yang dikemaskini dengan paparan animasi cahaya yang berbeza semasa SUV ini dihampiri. Dan bahagian belakang ini kelihatan cukup garang dengan penggunaan empat tip ekzos bagi melepaskan bunyi yang sedikit garang hasil daripada penggunaan enjin V8.

Bahagian luar SUV keluarga ini disudahi dengan tawaran warna meliputi Sakhir Gold Metallic, Ascari Blue Metallic dan juga Chili Red Metallic. Pilihan rim bersaiz antara 20 – 22 inci juga turut ditawarkan.

Dengan konfigurasi tempat duduk 7 penumpang dan akses mudah ke baris ketiga ianya dilihat cukup ideal untuk sebuah SUV keluarga serta menawarkan pakej mewah yang lengkap. Tempat duduk hadapan yang dilengkapi dengan fungsi ventilasi udara, tempat duduk belakang yang boleh dipanaskan, pelindung Matahari di belakang dan juga 4- kawalan iklim automatik zon diberikan untuk keselesaan penumpang.

Untuk SQ7, ianya turut menawarkan kemasan dalaman Matte Carbon baharu dan juga pakej dalaman Audi Sport Express Red, yang termasuk tali pinggang keledar merah penuh, jahitan merah pada tempat duduk, tempat letak tangan tengah, tempat letak tangan pintu dan juga pada sisi konsol tengah.

Sebagai sebuah model SQ7, kuasa dan prestasi semestinya menjadi tunjang. Ianya menggunakan sistem quattro all-wheel drive dan juga enjin 4.0 liter V8 biturbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 500 HP. Enjin V8 yang berkuasa itu juga kini berupaya menunda beban dibelakang sehingga 3,492 kg.

Kuasa pecutan dari titik pegun ke angka 100 km/j cuma memerlukan sekitar 4.1 saat sahaja. Cukup laju untuk sebuah SUV bersaiz besar ini.

Untuk harga, Audi SQ7 ini akan mula dijual pada aras harga $92,095 (RM 413,612).

BACA : AUDI Q7 3.0L V6 QUATTRO

BACA : AUDI SQ7 ADA SISTEM ANTI OLENG AKTIF

Google ads

B K

Back to top button