Buletin

AUDI Q7 3.0L V6 QUATTRO

Meneruskan momentum daripada pengenalan modelnya sebelum ini, Audi Malaysia hari ini melancarkan pula Audi Q7 serba baharu.

Audi-Q7-2015-mekanika (12)

Turut dikenali sebagai quattro® Terhebat, generasi kedua Audi Q7 dijangka menjadi satu penanda aras baharu untuk semua SUV premium.

Diperkenalkan buat pertama kalinya pada September 2005 dalam acara Frankfurt Motor Show, Q7 merupakan SUV pertama daripada Audi yang menjadi asas kepada kejayaan jenama Audi dalam segmen SUV mewah.

Audi-Q7-2015-mekanika (9)

Q7 juga bertanggungjawab dalam penghasilan rangkaian model SUV Audi Q seperti Q5 dan Q3.

“Kami komited untuk menjadikan Audi sebagai jenama premium yang Berjaya di Malaysia. Berjaya bukan melihat kepada anga jualan semata-mata, tetapi ia turut melibatkan penerimaan terhadap jenama Audi dasn kepuasan pelanggan,” kata Pengarah Urusan Audi Malaysia, Immo Buschmann.

Audi-Q7-2015-mekanika (6)

Audi Q7 serba baharu mewakili satu interpretasi bahasa rekaan Audi Q yang halus. Gril Singleframe nyata menyerlahkan kehadirannya menerusi lampu utama LED dan lampu nyalaan siang yang membentuk corak dua bilah anak panah.

Rekaan garis sisi yang maskular dan berarca, arca roda yang besar dan lampu  belakang yang panjang pada tiang D pula diambil semula sebagai penghormatan kepada generasi pertama Audi Q7.

Audi-Q7-2015-mekanika (7)

Dari segi dimensi, Audi Q7 serba baharu memiliki panjang 16.6 kaki, lebar 6.5 kaki dan tinggi 5.7 kaki, seterusnya menawarkan ruang kabin paling luas dalam segmennya.

Biarpun begitu, SUV bersaiz besar ini 325 kilogram lebih ringan berbanding model terdahulu. Terima kasih kepada prinsip binaan ringan yang dipegang oleh Audi. Ini merangkumi penggunaan reka bentuk pintar, pemasangan pelbagai jenis material dan aplikasi komponen aluminium.

Audi-Q7-2015-mekanika (1)

Audi Q7 dikuasakan oleh enjin petrol 3.0 TFSI V6 yang dipadankan dengan transmisi tiptronic lapan kelajuan. Gabungan ini membolehkan enjin menjana kuasa maksimum 333hp dan  tork 440Nm dari 2,900 hingga 5,300rpm.

“Kami sentiasa melihat kemungkinan untuk menambah varian enjin yang lain. Namun, buat masa sekarang, enjin 3.0L V6 adalah yang paling sesuai untuk pasaran Malaysia,” jelas Ketua Pemasaran Produk Audi Malaysia,  Izwan Wong.

Audi-Q7-2015-mekanika (17)

Padan dengan gelarannya sebagai quattro® Terhebat, Audi Q7 juga dilengkapi sistem pacuan semua roda tetap Audi dan rim aluminium bersaiz 20”. Ini membolehkannya memecut dari 0 – 100km/j dalam masa cuma 6.3 saat (1.6 saat lebih pantas berbanding model terdahulu) bersama kelajuan maksimum 250km/j yang diselia secara elektronik.

Di sebalik prestasinya yang mengagumkan, Audi Q7 3.0 quattro® mampu mencatat gabungan penggunaan bahan api sekitar 7.9 liter/100km dan emisi CO2 183 g/km.

Audi-Q7-2015-mekanika (10)

Dinamik pengendalian Audi Q7 adalah merupakan hasil pembangunan teknikal yang maju dan penggunaan platform MLB-Evo baharu. SUV mewah ini menawarkan pemanduan selesa rusi penggunaan suspensi udara adaptif.

Sebaik sahaja pintu Audi Q7 serba baharu dibuka, anda akan disambut dengan satu ruang kabin mewah yang boleh memuatkan sehingga tujuh orang. Ia tampil dengan  tempat duduk hadapan yang boleh dilaras secara elektrik bersama sokongan lumbar empat cara.

Audi-Q7-2015-mekanika (13)

Tempat duduk baris kedua menawarkan ruang kaki yang luas. Manakala tempat duduk baris ketiga yang versatil dan boleh dioperasi secara elektrik dengan konfigursi 50:50 itu boleh dilipat untuk meningkatkan keluasan ruang kargo daripada 770 liter kepada 1,955 liter.

Skrin tambahan bersaiz 8.3” dengan grafik beresolusi tinggi pada bahagian tengah juga dinaikkan secara automatik daripada papan pemuka ketika enjin dihidupkan. Sekali gus memberi akses semua ciri navigasi MMI dengan sentuhan MMI yang merangkumi navigasi 3D, infotaimen dan telefon kepada penumpang hadapan.

Audi-Q7-2015-mekanika (15)

Dari segi infotaimen, penumpang dihiburkan oleh sistem bunyi Bose® 3D yang disambungkan dengan amplifier 15 saluran dan 19 unit pembesar suara bersama output keseluruhan 558 watt.

Sama seperti semua model Audi, Audi Q7 baharu padat dengan pelbagai ciri demi memastikan pengalaman pemanduan yang efisien dan selamat.

Audi-Q7-2015-mekanika (2)

Ini termasuklah sistem start/stop dengan janaan semula tenaga, indikator tekanan tayar, hill descent control, Electronic Stabilisation Control (ESC) yang merangkumi Traction Control (ASR), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Electronic Differential Lock (EDL) dan Anti-lock Braking System (ABS), serta lapan beg udara.

Audi Q7 serba baharu ditawarkan dalam sepuluh pilihan warna seperti putih, perak, coklat, biru, kelabu dan hitam.

Audi-Q7-2015-mekanika (5)

Sudah boleh ditempah di semua pengedar sah Audi mulai 20 November, Audi Q7 ditawarkan pada harga bermula RM589,900 seunit.

Google ads
Back to top button