
AUDI SQ8 SPORTBACK e-tron – SUPER DUPER WOW!
Siapa bilang kereta EV seharusnya rupa seperti kapal angkasa lepas milik Adudu? Audi SQ8 Sportback e-tron ini telah membuktikan sebaliknya. Sekali tengok pun dah membuatkan hati berdebar gelisah tak tentu arah. Memang super duper wow!
Jenama e-tron terhadap Audi barangkali ramai yang sudah mengetahui akan keberadaan model EV mereka. Telah wujud beberapa model siri e-tron diperkenalkan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Dan sejak dari itu, Audi e-tron ini telah diterima dengan baik dan ianya telah terjual sejumlah 150,000 unit sehingga kini.

Dan kini Audi memperkenalkan pula Audi SQ8 e-tron, veri sportback yang kelihatan cukup menawan. Model yang bercirikan sebuah model SUV / Crossover menampilkan rekaan serba baharu di bahagian hadapan dan belakang dengan gril bilah terbalik baharu dan juga rekaan diffuser yang turut direka semula.
Sebagai model EV yang moden, sudah pasti ciri – ciri futuristik turut ditampilkan pada bahagian luaran seperti penggunaan cermin pandang sisi yang kecil dan nipis.
Tren kuasa, model SQ8 Sportback ini bakal menawarkan tiga varian dengan pilihan pertama menghasilkan kuasa 250 kW dan 664 Nm dan mampu bergerak sehingga ke 505 km. Pilihan kedua menggunakan dua motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 300 kW dan 664 Nm. Memang cukup bertenaga dan berkuasa. Kelajuan maksimum pula berupaya mencatat sehingga 200 km/j.Dan pilihan ketiga bakal menggunakan tiga motor elektrik, yang mana kuasanya berupaya mencecah sehingga 370 kW dan juga 973 Nm. Super duper laju oi!

Sungguh pun demikian, tahap keselesaan penumpang tidak diketepikan begitu sahaja. Sistem ampaian membolehkan ianya boleh dibuat tetapan mengikut kesesuaian dinamik pemanduan. ESC yang tersedia turut membantu kestabilan kereta sewaktu dipandu. Model ini turut dilengkapi dengan 40 sistem bantuan pemandun merangkumi lima sensor radar, lima kamera, dan juga 12 sensor ultrabunyi. Paling terbaharu adalah kawalan parkir kereta melalui aplikasi myAudi di telefon pintar yang membolehkan kereta ini diparkir di ruangan yang sempit melalui telefon pintar sahaja.
Disebabkan rekaan model ini cukup aerodinamik, maka pekali seretannya cukup rendah, 0.26 hingga 0.24 sahaja. Begitu juga dengan spoiler yang berada di belakang untuk membantu mengurangkan rintangan angin.

Bahagian kabinnya pula menampilkan ciri moden dan canggih dengan pelbagai alat kawalan menggunakan punat dan skrin sesentuh sahaja. Tempat duduk dengan fungsi mengurut juga dijadikan sebagai pilihan kepada pemandu.
Kini Audi SQ8 Sportback sudah boleh ditempah dan dijangkakan harga asas untuk model ini pada aras Euro 74,4000 (RM346, 261).
BACA : AUDI LANCAR E-TRON GT SERBA CANGGIH DAN MEWAH, GUNA TEKNOLOGI TAYCAN. HARGA BERMULA RM489,175
BACA : INI BUKAN AUDI BIASA, INI e-tron, GUNA KUASA ELEKTRIK


