Artikel Pilihan

MAMPUKAH GR YARIS MENEWASKAN EVO VII BERUSIA 20 TAHUN – PERTEMBUNGAN ANTARA DUA GENERASI

Bila GR Yaris mula diperkenalkan ia mendapat jolokan sebagai kereta rali moden untuk kegunaan di jalan raya. Betul ke? Adakah ia setanding dengan jentera rali untuk kegunaan jalan raya satu ketika dahulu? Fifth Gear, sebuah rancangan permotoran terkenal telah membawa kedua-duanya ke litar untuk menyaksikan macam mana kereta rali generasi Tiktok bila dibandingkan dengan generasi mIRC.

Mitsubishi Lancer Evo VII ini pernah muncul dalam rancangan Fifth Gear sekitar tahun 2022 sewaktu mereka pertama kali mengujinya. Kini jentera AWD Mitsubishi ini masih kelihatan tegap tanpa sebarang tanda ia dimaah usia. Walaupun ia 20 tahun lebih tua dari GR Yaris, kuasa dan beratnya masih setanding dengan lawannya. Cuma lebih panjang.

GR Yaris dengan enjin 1.6 liter 3-selinder yang mampu menghasilkan 268hp kuasa kelihatan sedikit ketinggalan berbanding Evo VII yang menggunakan enjin 2.0 liter 4-selinder dengan kuasa maksima 305hp.

Dari segi berat pula Evo tentunya lebih sedikit timbangannya dengan 1,360 kilogram berbanding Yaris dengan 1,310 kilogram tapi itu bukannya satu masalah kerana ia mempunyai kuasa yang lebih. Malah mengikut perkiraan Fifth Gear, Evo mampu menjana 224hp untuk setiap tan berat berbanding 195hp pada Yaris. Evo menang di atas kertas.

Kelebihan Yaris ialah ia mempunyai inovasi teknologi selama 20 tahun sejak Evo diperkenalkan. Termasuklah brek yang lebih baik, sistem pacuan semua roda yang lebih moden, tayar rekaan terkini dan macam-macam lagi inovasi.

Bayangkan koma selama 20 tahun tengok-tengok anak dah besar. Malah GR Yaris juga mempunyai tork maksima 360Nm yang terbukti lebih tinggi berbanding Evo dengan 309Nm.

Jadi walaupun GR Yaris lebih kecil dengan kuasa yang lebih rendah dan enjin kurang satu selinder berbanding Evo ia masih mampu bersaing dengan gergasi seperti Evo. Bukan setakat bersaing, ia malah berjaya mengalahkan Evo dengan catatan 1.4 saat di atas litar Fifth Gear.

Menurut Jason Plato, hos rancangan Fifth Gear, Evo memang merupakan sebuah kereta yang laju dan menyeronokkan tetapi Yaris memiliki kelebihan dari segi keseimbangan, brek lebih berkuasa dan cengkaman luar biasa.

Kredit carscoops.com dan fifthgear.com

Google ads
Back to top button