Buletin

AUTO2U CHARITY DRIVE, BANTU KELUARGA B40 PASCA PKP

Beberapa jenama telah bekerjasama dengan platform jualan barangan dan aksesori automotif dalam talian, auto2u untuk membantu mendapatkan sumbangan menerusi penjualan barangan untuk didermakan kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.  

“Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah hampir berakhir, masih banyak keluarga berada dalam keadaan susah. Ini kerana ada yang hilang kerja atau gaji dipotong.

“Jadi, kami di auto2u ingin memainkan peranan dan berharap charity drive dapat membantu mereka menjalani saat yang sukar ini,” kata Pengurus Besar Drive2Digital, Jackie Wong.

Inisiatif ini nyata memberi manfaat kepada banyak pihak. Di bawah tema SHOP & DONATE, anda boleh membeli pelbagai produk automotif pada harga terbaik, pada masa yang sama menyumbang.

Bagi rakan automotif, mereka boleh memanfaatkan platform auto2u bagi tujuan penjenamaan, CSR dan menjangkau audiens yang lebih luas. Bagi badan-badan kebajikan, inisiatif ini membantu mereka mendapatkan dana dan terus menyokong golongan B40.

Auto2u Charity Drive berjaya menghimpunkan 11 penaja seperti Euromobil, Cycle & Carriage Bintang, Hap Seng Star, Honda, MINI, Boon Siew Honda, Ducati, Bendix, Bosch, Huper Optik dan Safe & Sound.

Mereka menyumbang pelbagai produk dan barangan menarik seperti topi, kemeja-t, replika kereta, botol air, payung serta banyak lagi. Bukan itu sahaja, aksesori kereta seperti bateri, pengecas, pad brek turut ditawarkan.

Semua produk ini akan dijual di laman auto2u dan semua hasil jualan di antara 15 Julai hingga 15 Ogos disalurkan ke dua badan kebajikan iaitu Charity Right Malaysia and Great Heart Association Malaysia yang membantu keluarga B40.  

Auto2u berbangga kerana mempunyai tiga platform automotif berpengaruh di Malaysia – Automachi, Careta dan Mekanika untuk membantu mempromosikan insiatif ini.

Beli barang di auto2u.my sekarang dan bantulah mereka yang memerlukan.

Google ads
Back to top button