,
Buletin

DAPATKAN BARANGAN EKSKLUSIF AUDI DI LAMAN WEB AUTO2U. BELI SAMBIL MENDERMA

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, platform jualan barangan dan aksesori automotif auto2u akan menjalankan program auto2u Charity Drive. 

Jadi, semua hasil jualan bermula 15 Julai hingga 15 Ogos 2020 di platform tersebut akan disalurkan ke dua badan kebajikan iaitu Charity Right Malaysia and Great Heart Association Malaysia yang membantu keluarga B40.  

Keluarga B40 dilihat antara kumpulan paling terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha kerajaan membendung penularan wabak COVID-19. 

Antara rakan automotif yang menjual barangan eksklusif mereka di laman auto2u ialah Audi: Euromobil. Audi ada menawarkan lapan barangan yang menarik untuk anda miliki.  Senarai barangan itu dimonopoli oleh lima model kereta Audi melibatkan jentera A1, A5, Q3, dan Q7. 

Ditawarkan pada harga bermula RM101 hingga RMRM167 seunit, model kereta maniature tersebut diperbuat daripada  zik aloi, plastik khas dan getah. Berat dan dimensinya bergantung kepada model yang dipilih. Sebagai contoh, model A1 adalah seberat 159 gram dengan dimensinya 10x4x4cm. 

Selain model kereta, Audi turut menawarkan payung S Line berwarna hitam pada harga RM315 seunit. Sementara lampu suluh kecemasan Audi boleh anda miliki pada harga RM171. 

Produk paling mahal ialah Audi Ring Light yang berharga RM757.55. Lampu LED tersebut akan memancarkan logo Audi apabila pintu dibuka. Memang stailo lah.. 

Jika berminat, klik sahaja di pautan: Audi Euromobil auto2u

Beli sambil beramal, berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button